Bila Khairy cakap pasal PAS

Bila Khairy cakap pasal PAS

Oleh Mohsin Abdullah

PAS mahu kerajaan batalkan konsert bintang pop British, Ed Sheeran, yang dijadualkan pada 24 Februari ini di Stadium Bukit Jalil. Bagi PAS, Sheeran menyokong lesbian, gay, biseksual, dan transgender. Alasan sama diberi ketika PAS menggesa konsert Coldplay dibatalkan tahun lalu. LGBT topik favourite apabila parti itu menuntut pembatalan konsert.



Tuntutan seperti itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. PAS untuk sekian lama memang biasa membuat desakan batalkan konsert. Bukan sahaja menggunakan LGBT untuk menjustifikasikan desakan. Secara am PAS menggunakan sebab-sebab agama. Yakni konsert boleh melalaikan umat Islam, menggalakkan pergaulan bebas lelaki perempuan, tidak Islamik dan sebagainya. Setuju atau tidak bagi saya langkah PAS itu boleh difahami kerana ia parti yang mendakwa dirinya Islami dan dipimpin ulama. Ertinya bagi PAS apa yang dilakukan ialah ‘demi Islam’.

Tetapi menurut Khairy Jamaluddin, PAS tidak pernah secara agresif mendesak konsert dibatalkan semasa parti itu berada dalam kerajaan. Pulak dah? Khairy kita tahu pernah menjadi menteri dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob dan PAS duduk dalam kedua-dua kerajaan itu.

Kata Khairy seperti dilapor FMT baru-baru ini, walaupun PAS pernah bantah konsert ia hanya sentuh isu itu sekali ketika berada dalam kerajaan iaitu selepas kerajaan membuka semula ekonomi susulan pandemik Covid-19. Menurut beliau menteri agama waktu itu Idris Ahmad (naib presiden PAS) ‘hanya’ minta jumlah konsert dikurangkan.

“Dia cakap kalau boleh kurangkan sikit konsert boleh tak?” yang buat Khairy terkejut jugalah – “Saya terfikir wow saya menjangka beliau akan kata tiada konsert lagi atau sesuatu seperti itu.” Dalam erti kata lain Khairy menjangka menteri yang mewakili PAS akan bertindak keras dan mendesak dalam soal konsert.



Ini bukan kali pertama Khairy bercakap mengenai pengalamannya dengan PAS dalam kerajaan. Tahun lalu semasa ditemuramah media Singapura, CNA, Khairy berkata tidak pernah semasa perbincangan Jemaah Menteri atau ketika menyediakan kertas Kabinet, PAS mendesak undang-undang syariah tambahan dibawa. Umpamanya untuk kesalahan jenayah yang sememangnya menjadi objektif perjuangannya sejak begitu lama. Boleh dibaca ‘hukum hudud’.

Jadi apa ertinya ini? Mungkin Khairy mahu menunjukkan PAS bukan parti extreme, bukan pendukung garis keras malah lembut, sesuatu yang boleh menenangkan masyarakat bukan Islam khususnya yang takut kerana melihat PAS bagai Taliban.

Tetapi bagi orang Melayu-Islam yang sebilangan besar menyokong PAS dan bergantung harap kepada parti itu untuk ‘membela Islam’ (kerana itu yang dijanjikan PAS) mungkin lain pula anggapannya. Mereka boleh lihat kata-kata Khairy sebagai menunjukkan PAS tidak serius dalam menegakkan undang-undang syariah, atau PAS tidak tegas malah ‘menikus’ bila berada dalam kerajaan tetapi amat lantang ‘menegakkan Islam’ semasa di luar.

Atau lihat PAS bagai cakap tak serupa bikin. Paling membimbangkan, yakni bagi PAS, jika gesaan batalkan konsert dan memperkasakan undang-undang syariah dilihat hanya gimik politik. A show and playing to the gallery.



Tampil Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari. Beliau dipetik FMT berkata PAS sentiasa menyatakan bantahan di luar mesyuarat Jemaah Menteri seperti dibuatnya ketika mengetuai sayap Pemuda parti itu. Sedar atau tidak beliau mengesahkan kata-kata Khairy PAS tidak membantah secara agresif ketika hadir mesyuarat Kabinet.

Kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu lagi “bantahan sering diutarakan termasuklah di dalam Dewan Rakyat.” Saya tidak dapat elak daripada bertanya apa perlunya bising di dalam Dewan Rakyat padahal PAS ada dalam kerajaan? Bukankah lebih berkesan jika bantahan dibuat secara langsung kepada perdana menteri dan rakan-rakan menteri semasa mesyuarat Jemaah Menteri?

Tampil pula Mursyidul Am Hashim Jasin mengesahkan (sedar atau tidak wallahualam) apa yang Khairy dedahkan tetapi menegaskan PAS tidak mendesak secara agresif berkait penganjuran konsert ketika berada dalam kerajaan kerana “mahu menyelesaikan perkara penting”.

Beliau beritahu FMT “walaupun kita bantah (konsert) tetapi kita bagi keutamaan terhadap apa yang kita patut bangkitkan semasa memerintah” sambil menyambung “tak boleh nak buat semua sekali gus. Kalau dahulu semasa memerintah sekejap bukan tak nak bangkit tapi ada perkara lain lebih utama untuk kita beri perhatian.”



Erinya ada perkara lain yang lebih penting daripada konsert yang mesti diberi keutamaan. Setuju. Memang wajar PAS bertindak demikian. Akan tetapi adakah ini bermakna apabila tidak duduk dalam kerajaan PAS beri tumpuan terhadap konsert pula?

Atau hanya kerajaan yang PAS ada di dalamnya boleh beri tumpuan kepada perkara lain, tetapi kerajaan tanpa PAS mesti beri keutamaan kepada konsert dan bukan perkara lain yang jauh lebih penting? Jika tidak akan ditempelak PAS. Begitu? FMT

Bila Khairy cakap pasal PAS

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”



Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker