Vinod Sekhar disaman, plaintif mahu Anwar jadi saksi

Pengerusi Petra Group Vinod Sekhar dan isterinya, Winy Yeap disaman

Vinod Sekhar disaman, plaintif mahu Anwar jadi saksi

Pengerusi Petra Group Vinod Sekhar dan isterinya, Winy Yeap disaman sekumpulan bekas pekerja dan pelabur pelbagai negara atas dakwaan penipuan, salah nyata, pelanggaran kontrak dan pengakuan hutang.

Peguam kepada plaintif berkata mereka mungkin akan memanggil Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai saksi.

“Anak guam saya telah mengarahkan saya untuk menghubungi setiap individu yang dinamakan dalam tindakan undang-undang untuk hadir memberi keterangan semasa pendengaran di Mahkamah Tinggi, dan mungkin termasuk Anwar,” kata peguam Colin Andrew Pereira dalam kenyataan semalam.

Firma guaman Messrs Goh Wong Pereira berkata plaintif mendakwa Vinod tidak mendedahkan dia telah muflis ketika melobi untuk mendapat pelaburan mereka.

“Plaintif daripada seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Panama, United Kingdom, Dubai dan Thailand, mendakwa Vinod memujuk mereka untuk melabur dalam perniagaan Green Rubber, namun tidak memaklumkan mereka berkenaan status muflisnya ketika itu.

“Dalam dokumen yang diserahkan kepada Mahkamah Tinggi, plaintif mendakwa Vinod memberi jaminan yang (individu bernama) ‘Anwar’, difahami merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, akan menyelesaikan sebarang isu berkaitan status muflisnya,” katanya.

Firma itu turut memaklumkan Mahkamah Tinggi pada Disember lalu telah menolak permohonan perintah larang suara (gag order) yang dimohon Vinod.

Plaintif menuntut ganti rugi bawah RM30 juta, termasuk faedah.

Vinod sebelum ini pernah menyatakan dia sudah lama bersahabat dengan Anwar. Ini bukan kali pertama Vinod berdepan masalah undang-undang berkaitan syarikat Green Rubber Global.

Pada 2008, pelakon Hollywood Bruce Willis menyaman syarikat itu, yang merupakan subsidiari Petra Group, dan pengerusinya ketika itu, Tunku Imran Tuanku Ja’afar dan menuntut pelaburannya dipulangkan.

Vinod dikatakan telah meyakinkan Willis untuk melabur.

Pada 2019, seorang warga Ireland turut memfailkan saman bagi merampas aset ahli perniagaan itu.

Selain perniagaan getah, Vinod dan Petra Group juga terlibat dalam media dengan memulakan portal The Vibes pada 2020.

Tahun lalu, The Vibes dilaporkan akan bergabung dengan The Malaysian Insight. Namun, The Malaysian Insight menghentikan operasinya dua minggu lalu di tengah masalah tunggakan gaji. Mk

Vinod Sekhar disaman, plaintif mahu Anwar jadi saksi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker