Polis peronda dilanggar lari
Polis peronda dilanggar lari
IPOH: Seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas rondaan, cedera selepas dilanggar lari sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor, jam 7.30 malam semalam.
Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata anggota polis berusia 34 tahun itu, bersama seorang lagi anggota yang sedang membuat rondaan cegah jenayah dengan menaiki motosikal, telah menghampiri sebuah kereta jenis Proton Iriz biru dalam keadaan mencurigakan di jalan tersebut.
“Pemandu kereta (suspek) telah bertindak mengundurkan kenderaan dan terus melanggar motosikal mangsa, yang menyebabkan mangsa jatuh.
“Setelah melanggar mangsa, suspek menggerakkan kereta ke hadapan dan mengundur sekali lagi sehingga melanggar mangsa kali kedua dan memecut kereta meninggalkan tempat kejadian menghala ke Tanah Hitam,” katanya dalam kenyataan.
Yusri berkata akibat pelanggaran itu, mangsa telah mengalami kecederaan dan tidak dapat bergerak dan pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami patah tulang rusuk dan tulang bahu.
Beliau berkata kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi 20 tahun.
Yusri berkata pihaknya sedang giat mengesan pemandu kereta tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Ipoh Norazuna Rais Ahmad, di talian 013-6282176 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. FMT
Polis peronda dilanggar lari
Baca Artikel Menarik:
- Hukuman Najib dikurangkan, bakal bebas pada 2028
- Kami akan kembali – Pasangan YouTuber UK
- Ini cara saya balas dendam kerana ditinggalkan tunang
- Ini cara saya mencari rezeki – Kak KM
- ‘Bersemut’ tengok Zahirah Macwilson dengan Aiman
- Rohingya ceroboh masuk rumah
- Reaksi netizen terhadap 131 tahanan lolos
- Ayob Khan berdakwah dari pentas multaqa
- Sarjan polis direman kali kedua atas dakwaan rogol mangsa lain
- Pekerja kencing di longkang, restoran mamak kotor diarah tutup kali ketiga
- Pakar sahkan ‘perubatan alternatif’ antara penyumbang kematian akibat kanser
- Pengampunan Najib, Mukhriz ‘pening’
- Kongsi keputusan peperiksaan anak, wanita dikecam netizen
- Shaiful bidas Hassan Karim
- Hubungan Muhyiddin dan Hadi ‘tidak seindah’ dahulu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Akim diganggu perempuan miang nak menyondol
You must be logged in to post a comment.