Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop

Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop

Imigresen Kedah anggap kemasukan sebahagian 30 warga asing dari Thailand bagi tujuan pelacuran berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Sempadan (ICQS) Bukit Hitam “unik” kerana tanpa pengesahan cop pasport atau pas sempadan.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain, berkata mereka ditahan selepas dibawa menaiki 10 kenderaan termasuk pikap dan motosikal, dalam operasi khas 12.30 tengah hari semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap penumpang dalam semua mod kenderaan itu mendapati sebahagian tidak mempunyai cop sah pada pasport dan pas sempadan.

Katanya, pihaknya masih menyiasat sama ada kemungkinan wujudnya sindiket serta pembabitan pegawai dalaman berhubung kes itu, sambil mendedahkan mereka ditahan terdiri 29 warga Thailand dan seorang Kemboja.

“Aktiviti persundalan, aktiviti tidak bermoral kebiasaan berkaitan dengan pelacuran…kalau di Thailand kita panggil ‘puying’ (pelacur)…gadis-gadis bekerja di rumah urut, di kelab malam, di pusat hiburan,” katanya menurut Astro Awani pada sidang media di Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam.

Ridzzuan berkata, selepas proses dokumentasi dilakukan, 13 warga asing terbabit termasuk lima pemandu kemudian dihantar pulang kerana tidak memenuhi syarat kemasukan.

Bagaimanapun, 17 lagi warga Thailand terdiri 12 wanita berusia antara 22 hingga 55 tahun dan lima lelaki disyaki “transporter” berusia 20 hingga 40 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta 1955 kerana tidak memiliki suatu pas sah yang dikeluarkan bagi memasuki Malaysia.

Menurutnya, laporan polis sudah dibuat dan mereka akan direman sekurang-kurangnya 14 hari untuk siasatan lanjut.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat mana-mana pihak didapati melakukan kesalahan bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya. FMT

Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker