Warga Malaysia parah ditembak di Betong, motif masih disiasat

Warga Malaysia parah ditembak di Betong, motif masih disiasat

Seorang warga Malaysia parah selepas ditembak tiga das oleh penyerang tidak dikenali ketika sedang menunggang motosikal dekat sebuah kedai serbaneka di bandar Betong, Wilayah Yala, Thailand, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim, berkata mangsa berusia 55 tahun yang berasal dari Pengkalan Hulu dikatakan sering keluar masuk ke Betong sejak sekian lama kerana mempunyai seorang isteri warga Thailand selain pernah menjalankan perniagaan pusat hiburan di Betong.



Beliau berkata, kejadian jam 9 malam waktu tempatan itu mengakibatkan mangsa yang mengalami kecederaan parah di perut dan peha dibawa ke hospital di Betong bagi rawatan lanjut.

“Mangsa yang sedang menunggang motosikal ditembak sebanyak tiga das oleh seorang penyerang yang tidak dikenali semasa berada di hadapan sebuah kedai serbaneka.

“Suspek yang menyerang dipercayai adalah warga Thailand namun identitinya tidak dikenal pasti dan berjaya melarikan diri serta tiada tangkapan dilakukan setakat ini,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Zulkepli berkata, kes itu bagaimanapun tidak disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebaliknya disiasat oleh Polis Thailand dan pihak berkuasa negara itu masih menjalankan siasatan bagi mengesan suspek selain bagi mengenal pasti motif serangan.



“Siasatan sama ada motif kejadian berunsurkan perbalahan peribadi atau sebaliknya perbalahan berkaitan perniagaan,” katanya.

Beliau juga berkata, mangsa bagaimanapun mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes jenayah dan dadah di Malaysia. BH

Warga Malaysia parah ditembak di Betong, motif masih disiasat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar



Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker