Zambry sokong Anwar, ambil satu pencen sahaja

Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abdul Kadir berkata dia sedia akur dengan sebarang keputusan berhubung skim pencen yang terpakai kepada ahli-ahli politik di negara ini.

Pemimpin kanan Umno yang pernah menyandang pelbagai jawatan termasuk menteri kabinet dan menteri besar itu mengulas soalan pemberita berhubung seruan Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar ahli politik yang pernah memegang lebih daripada satu portfolio mengambil satu skim pencen sahaja.

“Kalau sudah disuruh buat, kita buatlah. Apa pun kita tunggu arahan (Perdana Menteri) Anwar Ibrahim, kita berkhidmat dalam semua kapasiti dan perlu membuat pertimbangan berdasarkan semua perkara berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pelancaran Kemahiran Digital TVET di Cheras, Kuala Lumpur, hari ini.



Zambry, yang kini merupakan ahli Dewan Negara bagaimanapun tidak mengulas lanjut skim pencen yang akan dipilihnya kelak.

Zambry memegang jawatan Menteri Besar Perak, pada Mei 2009 hingga Mei 2018. Dia juga pernah berkhidmat sebagai Adun Pangkor (Mac 2004 hingga Oktober 2022) serta Pengerusi Malaysia Airport Holdings Berhad (Ogos 2020 hingga Disember 2022).

Pada 27 Jan, Anwar berkata ahli politik yang memegang lebih daripada satu portfolio atau jawatan dalam kerajaan perlu ada “tanggungjawab moral” untuk mengambil satu skim pencen saja.

“Orang yang mendapat gaji menteri, menteri besar, ataupun lantikan politik (boleh menerima) tiga hingga empat pencen.



“Melihat keadaan ini, mereka perlu lebih bertanggungjawab secara moral dengan menolak pencen yang lain dan hanya memilih satu (skim pencen). Tapi mungkin itu saya serah (keputusan) kepada mereka,” kata Anwar.

Dasar baru untuk pengambilan penjawat awam secara tetap tanpa pencen sedang menunggu untuk diluluskan kabinet sebelum dibawa ke Parlimen.

Jabatan Perkhidmatan Awam ketika ini sedang menerajui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA), yang akan menjadi dasar baru kerajaan khususnya berkaitan kaedah berpencen penjawat awam.

Anwar juga dalam kenyataannya berkata cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen akan turut terpakai kepada ahli politik.



Insentif untuk IPTS

Sementara itu, berhubung perkembangan lain, Zambry ketika sesi dialog sempena majlis itu berkata pihaknya sedia mempertimbangkan cadangan memperluas pemberian insentif kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini menerusi Belanjawan 2025.

Bagaimanapun, katanya, pelbagai pertimbangan, termasuk bentuk sumbangan IPTS kepada negara perlu diperhalusi secara menyeluruh sebelum sebarang keputusan mengenainya dimuktamadkan kelak.

“Misalnya, bagi geran penyelidikan yang memberi faedah kepada pelbagai pihak dan bukan hanya universiti tertentu… pastinya ia boleh dipertimbangkan.



“Bagaimanapun, masih terlalu awal bagi sebarang pengumuman berhubung perkara ini tetapi kita terbuka untuk sebarang perbincangan lanjut,” katanya.

Mengulas gesaan Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (Pemikir) supaya pihaknya mencari pendekatan baru untuk menjamin kebolehpasaran graduan Majlis Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara, Zambry berkata pihaknya menerima baik segala pandangan.

“Bagus, sekurang-kurangnya pandangan sebegitu memberikan pandangan positif kepada kita dari segi apa keperluan kita,” katanya.

Pengerusi Pemikir, Muhamad Farid Saad sebelum ini menggesa pendekatan baru dibuat oleh TVET dengan memberi suntikan ilmu tambahan serta dilatih dalam bidang tertentu untuk memastikan graduan memenuhi keperluan serta permintaan pasaran.



Menurutnya, perkara tersebut selaras dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara yang ingin memperkasakan pengajaran TVET dalam negara.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker