Sesi dialog awam PDRM panas, pegawai kanan polis ‘sekolahkan’ MP DAP

Sesi dialog awam dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Klang hari ini menjadi panas gara-gara perbezaan pendapat yang berlaku di antara salah seorang pegawai kanan Bukit Aman dengan Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau.

Berpusat pada isu perancangan bandar, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain menyampaikan ‘nasihat’ yang tegas kepada ahli politik serta wakil rakyat.

Kata Mohd Shuhaily pihak terbabit perlu mengambil kira aspek kebimbangan terhadap tahap keselamatan awam apabila sesuatu projek pembangunan diluluskan.

Menurutnya perancangan bandar tidak pernah mengambil kira faktor keselamatan setempat apabila ia diluluskan.

“Jadi, ini berbalik kepada YB (yang berhormat/wakil rakyat) dan ahli majlis… apabila anda meluluskan apa-apa projek,” kata Shuhaily yang menjawab soalan seorang penduduk Seri Andalas.

Terdahulu peserta terbabit menyatakan rasa kecewanya dengan kes pecah rumah yang berleluasa di kawasan itu.

Kenyataan Mohd Shuhaily itu bagaimanapun tidak disenangi Ganabatirau yang segera mencelah untuk menyangkal tanggapan pegawai kanan PDRM terbabit.

Ahli majlis (pihak berkuasa tempatan) terlibat cuma attend (hadir mesyuarat) sahaja. Hanya pengarah pelesenan, pengarah perancangan dan YDP (yang dipertua) serta DO (pegawai daerah) sahaja sebenar yang patut dipersalahkan,”katanya dengan nada yang tinggi.

Mendengar reaksi ahli parlimen DAP itu, Mohd Shuhaily menanyakan soalan kepada Ganabatirau: “[…] dan saya nak mengatakan, pemilihan YDP ni dibuat oleh siapa?”

Ganabatirau yang pernah menjadi exco Selangor menjelaskan, dia tidak terlibat dalam keputusan pelantikan yang dipertua sesebuah kerajaan tempatan, sebaliknya diputuskan oleh “pusat.”

Sementara itu, pada sesi sama Mohd Shuhaily mengemukakan beberapa cadangan yang ditujukan kepada Ganabatirau serta beberapa ahli politik lain yang hadir termasuk Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali (PAS) dan Adun Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri (PH).

Katanya seseorang wakil rakyat mempunyai kewajipan untuk menggubal undang-undang yang boleh memberi manfaat kepada rakyat, termasuk dengan meletakkan ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya, dan bukannya Akta Racun seperti sekarang.

Ketika ini katanya penjual ketum hanya akan didenda apabila mereka ditangkap.

Mohd Shuhaily turut menyarankan agar negara mengharamkan semua aksesori ubah suai motosikal bagi mengekang aktiviti merempit.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker