Polis sita harta, beku akaun bank RM9.72 juta milik kartel dadah di Sabah

Polis sita harta, beku akaun bank RM9.72 juta milik kartel dadah di Sabah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyita pelbagai jenis hartanah, kenderaan mewah, barangan kemas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM9.72 juta milik sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah yang ditumpaskan baru-baru ini.

Semua harta berjaya disita dan dibekukan ekoran penahanan 11 ahli sindiket itu yang digelar Geng Upik termasuk dalang utamanya bergelar Datuk.



Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata tindakan itu diambil menerusi Op Morava oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Beliau berkata, sebanyak 42 akaun dibekukan bagi tempoh 27 Disember sehingga 19 Januari lalu termasuk lapan akaun baharu dibekukan dengan keseluruhannya bernilai RM1.86 juta.

“Kita turut membekukan 10 jentera dan 11 bidang tanah dengan keseluruhan bernilai RM2.81 juta.

“Selain itu, sebanyak 20 kenderaan dianggarkan bernilai RM6.77 juta, wang tunai RM35,041 dan barang kemas bernilai RM100,000 disita PDRM membabitkan keseluruhan sitaan berjumlah RM6.91 juta,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini.



Ayob Khan berkata, jumlah sitaan keseluruhan bagi kes itu dianggarkan bernilai RM9.72 juta.

Pada sidang media 8 Januari lalu, Ayob Khan dilaporkan berkata, 22 akaun bank sudah dibekukan bernilai RM420,000 manakala 18 kenderaan disita bernilai RM6.6 juta yang kebanyakannya kenderaan mewah dipercayai milik suspek Geng Upik, selain merampas wang tunai RM35,000 serta barang kemas dan jam mewah dianggarkan bernilai RM100,000.

BH semalam melaporkan 11 individu termasuk seorang bergelar Datuk didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah.

Pada 25 Disember lalu, polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk yang mendalangi sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah menerusi siri serbuan dilakukan polis Bukit Aman.



Lelaki itu turut menaungi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi melindungi kegiatan haram sejak 2015 dan sindiket ini sudah lama beroperasi serta berkembang daripada aktiviti berkaitan kontraban kepada rangkaian dadah terbesar di Filipina dan Indonesia.

Sindiket itu juga dikesan melakukan pengubahan wang haram melalui pelbagai perniagaan mewah dijalankan ahli sindiketnya termasuk syarikat minyak dan gas serta rangkaian restoran. BH

Polis sita harta, beku akaun bank RM9.72 juta milik kartel dadah di Sabah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena



DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker