Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
JAUH pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang tinggi ilmu pengetahuannya dalam bidang matematik, geografi dan seni. Beliau juga memiliki kemahiran kewartawanan. Pada zaman itu, belum wujud lagi fotografi. Segala yang mahu digambarkan hanya melalui tulisan ataupun lukisan.
Lelaki itu menemui para pengembara zaman itu. Dia menemuramah mereka, mencatatkan semua tempat persinggahan tempat para pengembara itu. Kesemua pengalaman tersebut dipetik dan ditulis dengan teliti di dalam bukunya. Jika ada bahagian temuramah tersebut bercanggah, dia tidak akan mencatatnya ke dalam buku.
Dari situ, terhasillah buku yang merekodkan penerangan tentang dunia. Lebih penting, turut terhasil lukisan peta dunia yang pertama dihasilkan dan dikepilkan bersama buku tersebut. Dan untuk menghasilkan peta dunia ini, lelaki ini bekerja keras selama 18 tahun di Palermo untuk tujuan tersebut.
Siapa lelaki ini?
Dialah Abu Abdullah Muhammad al-Idrisi, atau lebih dikenali dengan nama al-Idrisi. Seorang ahli geografi dan kartografi beragama Islam yang menetap di Palermo, Sicily pada zaman pemerintahan King Roger II.
al-Idirisi, ilmuwan Islam yang dikenali menghasilkan peta dunia pertama.
Peta yang dihasilkan al-Idrisi memaparkan benua Eurasia (Eropah dan Asia) secara keseluruhan dan sebahagian kecil Afrika Utara. Peta itu kekal sebagai peta paling tepat pernah dihasilkan pada zaman pramoden dengan meletakkan utara di bahagian bawah peta.
Malah, 10 buah jilid buku dihasilkan yang memuatkan tulisan al-Idrisi dalam bahasa Arab dan Latin mengenai tempat-tempat yang dilukiskan dalam peta. Antaranya termasuklah temu ramah yang beliau lakukan terhadap para pengembara yang pulang dari perjalanan.
Al-Idrisi turut memasukkan ulasan mengenai peta dunia, di mana tulisan tersebut telah menjadi sumbangan besar terhadap dunia geografi. Peta dunia yang dilukisnya telah disalin dan digunakan selama 300 tahun tanpa sebarang perubahan jarak dan tempat.
Dengan merakamkan dunia sebagai satu sfera, al-Idrisi secara tidak langsung telah memberi petunjuk kepada penemuan graviti. Beliau melukiskan peta dunia dengan pembahagian tujuh zon cuaca, dan disokong oleh 70 lagi peta kecil. Jika digabungkan kesemuanya, maka akan terbentuklah sebuah peta dunia.
Kesemua 10 jilid buku tersebut sempat disiapkan oleh al-Idrisi pada tahun 1154, beberapa minggu sebelum kemangkatan King Roger II.
Pada hari ini, buku-buku tersebut disimpan di Istanbul, dengan lima daripada mempunyai teks yang lengkap, dan lapan daripadanya terkandung kesemua peta yang dilukiskan. Utv
Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Baca Artikel Menarik:
- Terowong tentera Malaikat
- Kes ‘scammer’ umrah, 2 pengarah Emraz tak hadir mahkamah, cuti sakit
- TYT baru Sarawak akan diumum tak lama lagi
- Mahathir kian tertekan
- Perbincangan sulh Fizi, Shakilla temui jalan buntu
- Datuk Maslan Sani, 10 lagi didakwa ahli kumpulan jenayah Geng Upik
- Andai Umno berbaik dengan PAS
- Tiada keluarga patut jadi lebih kaya dari negara – Salleh Keruak
- 12 ribu jemaah hadir, solat subuh terpaksa buat dua sesi
- Keluarga Bella persoal polis, ‘Selepas 38 hari, kami cuma dapat rangka?’ [VIDEO]
- Menteri agama tegur mufti isu bekerja di bank konvensional
- Salah kiblat ketika solat, lakukan perkara ini
- Konsert Milenia 2024 tawar diskaun tiket sehingga 50 peratus
- Siti Kasim melawan, tengking pegawai Jawi semasa serbuan
- Umno sah tolak 24 kerusi ahli majlis PBT Selangor – Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.