12 ribu jemaah hadir, solat subuh terpaksa buat dua sesi
Gara-gara menerima kehadiran lebih 12,000 jemaah, Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru terpaksa melaksanakan solat subuh sebanyak dua kali, pagi semalam.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak masjid berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook bersama beberapa keping gambar yang dimuat naik ketika program Semarak Subuh Johor itu berlangsung.
Katanya, ini merupakan kali pertama solat subuh dilaksana dua sesi kerana terlalu ramai jemaah yang hadir sejak penubuhan masjid berkenaann.
“Pada pagi ini, dianggarkan lebih 12,000 jemaah solat subuh yang hadir dalam program #semaraksubuhjohor di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn.
“Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada jemaah yang hadir, penyumbang-penyumbang dan sahabat-sahabat pempengaruh yang menjadi antara pencetus bagi program ini.
“Mudah-mudahan, segala usaha kita diberkati Allah. Semoga kita semua istiqamah menunaikan solat berjemaah di masjid,” katanya.
Kelihatan di dalam beberapa keping gambar yang dikongsikan, para jemaah terlalu ramai sehingga ada yang terpaksa menunaikan solat di luar pekarangan masjid.
Turut hadir dalam program tersebut adalah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Azmi Rohani dan Exco Agama Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid.
Untuk makluman, Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn siap dibina pada 2015 dan dibuka secara rasmi pada 2016.
Terdahulu, kerajaan negeri Johor melancarkan Program Semarak Subuh di setiap masjid dan surau bermula 5 Januari lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata inisiatif itu melibatkan 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh negeri pada setiap subuh Jumaat sepanjang tahun ini.
Program Semarak Subuh mula mendapat perhatian orang ramai apabila selebriti dan juga pempengaruh, Alif Satar mula menggerakkan ‘GengSubuhMacamJumaat’ sejak akhir tahun lalu
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kenapa sekat rezeki kami? – Awie
- Najib boleh mohon dibebaskan atau DNAA Sept depan
- Sumbangan Asas Rahmah mula 22 Januari
- Pembantu rumah Elvina lari, curi duit, telefon bimbit
- Dua hari pakaian seragam, dua hari baju sukan – KPM
- Caj Haji berbeza kepada B40 dan M40
- Jual nasi bungkus murah pun kena marah
- Anwar nafi ‘kurung’ MP kerajaan
- Lelaki gila seks rakam aksi tiduri lebih 20 wanita, jual video lucahnya, ditahan
- Intan Najuwa nampak ‘berisi’, suami makin ‘slim’
- Mirzan Mahathir diarah isytihar harta
- Tun Musa Hitam alami kecederaan serius
- Darjah kebesaran Agus ditarik balik Sultan Kelantan
- Macam anak dan ayah jumpa lepas berpisah (Video)
- Lagi amanah luar pesisir berkaitan Daim bernilai ratusan juta didedahkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan
Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk