Sumbangan Asas Rahmah mula 22 Januari
Sumbangan Asas Rahmah mula 22 Januari
Program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang diperluas kepada lebih 700,000 penerima tahun ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 22 Jan.
Menurut Kementerian Kewangan, bantuan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan itu juga merangkumi tiga kategori tambahan, iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, berbanding hanya makanan asas
Bantuan Sara pada tahun ini dinaikkan kepada RM1,200 daripada RM600 bagi isi rumah tahun lepas, sementara untuk golongan bujang, kekal RM600.
Penambahbaikan itu dijangka melibatkan peruntukan RM700 juta berbanding RM130 juta pada tahun sebelumnya, menurut Kementerian Kewangan
“Penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai runcit berdaftar,” kata kementerian dalam kenyataan.
“Kelayakan untuk menerima bantuan Sara adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.”
Pelaksanaan Sara akan bermula Isnin ini bagi penerima dari Semenanjung, manakala penyaluran bantuan untuk penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan akan bermula 19 Feb.
Bagi penerima di Semenanjung, bantuan RM100 akan disalurkan setiap bulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan, dan RM50 untuk golongan bujang.
Penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan pula, akan menerima bantuan Sara dua kali setahun, iaitu pada 19 Feb dan 12 Ogos, dengan RM600 disalurkan setiap kali untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan
Untuk golongan bujang pula, RM300 akan disalurkan setiap kali.
Tambah kementerian, program ini turut diperluas untuk melibatkan 515 pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara, berbanding 424 tahun lepas. FMT
Sumbangan Asas Rahmah mula 22 Januari
Baca Artikel Menarik:
- Dah tahu harga, makan juga, lepas itu tularkan
- Duit Dynas Mokhtar lesap tiba-tiba
- Diana jadi gemuk, seperti ada sumpahan
- Tyzo nafi buat gimik murahan
- Sasaran siasatan SPRM tahun ini
- Kerajaan boleh hilang kuasa tanpa usul undi percaya
- Lagu Anuar Zain, Man Bai jadi pilihan Putera Mateen, Dayang Anisha
- Fatiya tuduh suami Heliza sebagai scammer
- Pengarah, penerbit Mentega Terbang didakwa di mahkamah esok
- Pasangan bertengkar sampai jatuh Jambatan Pulau Pinang
- Kaka rujuk dengan Fahmi
- Pengarah Emraz didakwa gagal patuh award Tribunal Pengguna lebih RM500,000
- Masjid di Batu Pahat terbakar disyaki angkara khianat
- ‘Saya lihat polis meniarap, tembak kereta suspek’
- ‘Demand’ naik gaji, saya akan jawab nanti – Tyzo
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton