Sarah jual gummy viral tampung kos pengajian
Sarah jual gummy viral tampung kos pengajian
SETIAP pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) datang daripada pelbagai latar belakang, namun matlamat mereka adalah sama untuk mencapai kejayaan demi membanggakan keluarga.
Begitu juga dengan Sarah Azrahi yang mempunyai matlamat sama dan menjalani kehidupan kampusnya dengan aktiviti berniaga.
Ceritanya, dia dan rakan-rakan sekampus di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, gemar membelanjakan wang untuk membuat pelbagai jenis makanan.
Sebagai seorang yang minat berniaga sejak kecil, Sarah memilih untuk belajar sambil membuat bisnes sejak dari zaman diploma sehingga berada di tahun akhir ijazah sarjana muda ketika ini.
“Ibu bapa saya berniaga di kantin sekolah. Kalau hari cuti memang selalu saya tolong mereka. Dari kecil lagi, saya sudah diajar bisnes.
“Dari situlah timbul minat untuk jadi seorang usahawan. Dari tingkatan satu, saya masuk kelas perakaunan.
“Ketika itu, saya mulakan bisnes sendiri. Saya jual kek, biskut dan macaroon sebab mahu cari duit poket sampailah sekarang.
“Saya juga suka makan dan keluar melepak, jadi saya cari duit sendiri sebab tak mahu minta duit dekat ayah ketika belajar,” katanya kepada iGen.
Bercerita lanjut, wanita berusia 27 tahun itu berkata, dia dan kawan baiknya memilih untuk tinggal di luar kolej ketika pengajian diploma.
Disebabkan itu, anak sulung daripada empat beradik tersebut perlu berdikari dengan mencari pendapatan sendiri.
Imbas Sarah, dia juga pernah menjual kek di kantin tempat ibu bapanya bekerja sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi meringankan beban mereka.
“Masa zaman diploma, saya memang ada masalah kewangan. Jadi, saya dan kawan masak sandwic telur dan cheezy wedges untuk berniaga.
“Kami ketuk bilik ke bilik setiap hari dari pukul 8 malam hingga 10 malam. Alhamdulillah, dapat lebih kurang RM100 setiap malam.
“Masa hendak habis diploma, waktu itu, saya dapat idea membuat makanan ringan iaitu gummy viral.
“Asalnya, saya buat untuk makan sendiri, tapi ramai pula yang suruh saya jual. Agak susah masa itu untuk pasarkan kerana saya tidak pandai berniaga online.
“Awal-awal jual. saya kena kecam sebab produk cair bila sampai dekat pelanggan.
“Tapi sekarang syukur sangat makanan saya jual okey saja, malah sudah sampai Sabah serta Sarawak,” katanya.
Menurut Sarah, dia bersyukur kerana jualan gummy telah mencecah lebih 5,000 unit sebulan.
Enggan mendedahkan jumlah keuntungan perniagaan, Sarah bagaimanapun menyatakan kesyukuran dengan bisnesnya yang semakin maju serta dapat menguruskan yuran pengajian sendiri.
“Saya pernah jual macam-macam dulu termasuklah produk kurus dan bengkung. Sekarang saya fokus dengan jual gummy dan ‘cekelat’ kayangan saja.
“Disebabkan saya buat ijazah secara PJJ (pengajian jarak jauh), saya siapkan produk di rumah ibu dan ayah di Ipoh, Perak.
Dalam pada itu juga, dia yang kini memiliki lebih 160,000 pengikut di TikTok berharap lebih ramai anak muda di luar sana dapat berusaha mencari pendapatan sendiri, meskipun ketika sedang mengikuti pengajian. K Online
Sarah jual gummy viral tampung kos pengajian
Baca Artikel Menarik:
- Mereka mula goyang dengar nama Malaysia
- Dr Akmal akhirnya dapat jumpa Cik Aida
- CEO persatuan bola sepak antara 4 ditahan kes rasuah RM6 juta
- Jalan Silang digempur lagi
- Hamdan Senario meninggal dunia
- Pesanan Anwar kepada Mahathir
- Semua ‘padu’ kecuali Sanusi
- Mahathir sindir Anwar berkenaan Langkah Dubai
- Hantar anak naik Honda, tapi yuran Pasti tak bayar
- Pekat beno Peraknye Pak Wee
- Pelajar seret guru ke mahkamah atas dakwaan gangguan seksual
- Yana Samsuddin kena darah tinggi sebab vacuum robot
- Meerqeen enggan tewas
- Kritik beriani tak sedap, pekerja restoran belasah pelanggan
- Ada yang RM50 saja – Shamsul Ghau Ghau
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.