Makkah semakin hijau, peningkatan 600 peratus dalam tempoh hanya 5 bulan

Projek penanaman pokok di sepanjang Landasan Kereta Api Haramain. – Foto AGENSI

RIYADH: Pusat Pembangunan Penanaman Tumbuhan dan Menangani Kegersangan Gurun Kebangsaan mengumumkan peningkatan 600 peratus kawasan hijau di Makkah dalam tempoh lima bulan lalu.

Akhbar Saudi Gazette melaporkan, perubahan yang berlaku antara Ogos hingga Disember 2023 itu disebabkan oleh peningkatan kadar hujan mencecah 200 milimeter di beberapa kawasan di Makkah.

Analisis data penderiaan jauh (remote sensing) angkasa mendedahkan bahawa jumlah keluasan kawasan hijau dilitupi tumbuh-tumbuhan di Makkah pada Ogos 2023 ialah 3,529.4 kilometer persegi.

Keluasan kawasan hijau itu meningkat pada bulan berikutnya akibat peningkatan hujan sehingga mencapai 26,256 kilometer persegi menjelang akhir tahun lalu.



Menjelang Disember 2023, kawasan dilitupi tumbuh-tumbuhan menjangkau 17.1 peratus daripada jumlah keseluruhan wilayah Makkah yang sebahagian besarnya di kawasan pergunungan dan tanah tinggi.

Parasnya seiring dengan pesisiran pantai Laut Merah dengan ketinggian yang berubah-ubah antara 500 hingga 2,600 meter.

Ini turut merangkumi kawasan sekitar Makkah, Taif, Al Laith, Al Jumum, Al Kamil dan Khulais.

Pusat kebangsaan itu turut mengkaji status tumbuhan liar dan di lokasi projek penanaman semula selain mengesan perubahan muka bumi, kiraan taburan hujan dan kesihatan tumbuhan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan penderiaan jauh



Ini menyumbang kepada pencapaian sasaran projek penanaman pokok di bawah Inisiatif Hijau Arab Saudi.

Pusat berkenaan turut merumus kaedah melindungi tumbuhan di seluruh negara selepas mengkaji jenis tumbuhan liar yang sedia ada dan membangunkan keupayaan bersedia serta menangani musim kemarau. – AGENSI

Makkah semakin hijau, peningkatan 600 peratus dalam tempoh hanya 5 bulan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)



As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?



Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker