Sanusi bangkit bela CEO KFA, dakwa tuduhan rasuah adalah fitnah

ALOR SETAR: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan membongkar plot sebenar yang berlaku dalam pelbagai isu termasuk penahanan reman Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) membabitkan isu rasuah.

Menteri Besar Kedah itu mendakwa keadaan yang berlaku ketika ini adalah kezaliman pihak tertentu yang menggunakan agensi kerajaan untuk tujuan politik dan kepuasan peribadi.

Beliau yang juga Presiden KFA ketika dihubungi menegaskan, individu yang ditahan SPRM terbabit bukan ‘orang kaya’ sebaliknya hidup dalam kesempitan.



Muhammad Sanusi berkata, KFA sejak ditubuhkan membiayai pasukan bola sepak dan kegiatannya melalui derma serta sumbangan kerana ia bukan syarikat perniagaan berasaskan keuntungan

Tegasnya, persatuan itu memang ada menerima sumbangan tetapi tidak bersubahat melakukan rasuah kerana KFA tidak mempunyai akses kepada projek yang memerlukan kelulusan Kerajaan Persekutuan.

“Sewaktu KFA nazak dengan hutang puluhan juta ringgit tidak ada siapa peduli. Gaji pemain dan bayaran kepada badan berkanun terhutang puluhan juta, tak ada siapa peduli.=

“Bila kita mula selesaikan sedikit demi sedikit di samping membiayai keperluan semasa pasukan, ada pihak iri hati dan dengki.



“Bila pasukan sudah diswastakan KFA mampu tarik nafas lega sedikit tetapi masih beri komitmen untuk terus bayar hutang kepada pemiutang,” katanya.

Berikutan itu, Muhammad Sanusi menganggap semua tuduhan yang dilemparkan ke atas individu yang disiasat dan ke atas KFA sebagai fitnah dan sedia membongkar perkara itu.

“Kenapa ada pihak iri hati? Kena tanya mereka itu lah… memang KFA menerima sumbangan tapi tak sampai bersubahat melakukan rasuah. KFA tak ada akses kepada projek yg dibuat secara tender terbuka dan KFA tak ada penglibatan dalam projek litar.

“Itu semua fitnah, saya akan bongkar plot ini bila tiba masanya. Tender loji air dibuat secara terbuka dan diuruskan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perlu mendapat kelulusan kerajaan Persekutuan.



“Dasar itu dibuat pada waktu Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan selama 22 bulan. Tak ada campur tangan dan tak ada jalan untuk campur tangan dalam urusan tender terbuka,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, ketika tender projek itu dibuka, harga bahan binaan masih rendah, namun selepas tender selesai diserahkan, harga barang melambung tinggi.

“Tak ada sama sekali syarikat yang menang tender mampu beri sumbangan kepada KFA. Semua syarikat sedang hadapi masalah kenaikan harga bahan binaan untuk siapkan projek. Adakah masuk akal hendak sumbang RM6 juta dalam keadaan mereka yang sangat tenat?

“Litar lumba adalah projek yang dibuat Permodalan Kedah Berhad (PKB) dengan tatakelola yang betul, tak ada isu sama sekali. Cuma ia tertangguh kerana pemaju ada kes, isu lain antaranya bursa dan lain-lain yang menyebabkan kerja tertangguh.



“Kini sedang diuruskan untuk disiapkan pemaju lain selepas berunding dan memenuhi syarat yang dipersertujui,” katanya.

Semalam, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman CEO KFA, Zulkifli Che Haron dan tiga individu termasuk dua perunding berusia antara 40 hingga 60 tahun bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah bernilai RM6 juta.

Wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)



As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker