Puteri Sarah ditipu rakan perniagaan

Puteri Sarah ditipu rakan perniagaan

Pelakon Puteri Sarah mendedahkan bahawa dia telah dianiaya rakan perniagaan yang turut mengenakan caj sebanyak 45 peratus daripada keuntungan yang diperolehinya.

Ujar Puteri Sarah, individu berkenna yang bergelar pegawai pemasaran telah mengambil wang sebanyak RM26,000 sebagai gaji tanpa melaluinya terlebih dahulu.



Difahamkan, Puteri Sarah melantik individu itu tersebut untuk melakukan pemasaran produk namun kerja yang dilaksanakan tidak mencapai standard yang memuaskan.

Saya tak berapa nampak apa yang dia buat sebenarnya. Kemudian dia caj saya sebanyak 45 peratus daripada keuntungan untuk pemasaran.

Dia juga ada pegang wang tunai dekat satu acara lain sebelum terus ambil RM26,000 tanpa masuk ke dalam akaun terlebih dahulu. Dia kata itu gaji dia.

Perkara itu telah didedahkan Puteri Sarah menerusi siaran langsung di TikToknya semalam.



Malah, Puteri Sarah mendakwa individu itu pernah meluahkan hasrat untuk ‘join venture’ tetapi tidak mahu mengeluarkan sebarang modal.

Berikutan itu, Puteri Sarah menggesa agar individu itu tampil memulangkan semula wang yang diambil dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis jika gagal.

Kalau saya tak dapat balik duit saya, memang saya nak buat laporan polis. Saya tak kisah nak ambil 45 peratus ke apa, saya dah reda tapi yang salah kira gaji apa semua tu, saya harap saya dapat duit saya kembali.

Puteri Sarah ditipu rakan perniagaan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan



Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini

Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000



Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker