BCL laksana umrah untuk arwah Ashraf

BCL laksana umrah untuk arwah Ashraf

Penyanyi dan pelakon, Bunga Citra Lestari, 40, meluahkan rasa syukur kerana impiannya untuk melaksanakan ibadah umrah untuk bekas suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair akhirnya terlaksana.

Perkara itu dikongsi penyanyi Cinta Sejati itu di Instagramnya baru-baru ini.



“Alhamdulillah, malam ini menjalankan ibadah umrah untuk Ashraf. Insya-Allah diterima oleh Allah S.W.T,” tulisnya.

Bunga berangkat ke tanah suci ditemani suaminya, Tiko Wardhana dan anaknya, Noah Aidan Sinclair.

Penyanyi cantik itu mendirikan rumah tangga bersama Ashraf pada November 2008. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Noah.

Jodoh pasangan tersebut ternoktah selepas Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 akibat serangan jantung.



Tiga tahun kemudian Bunga sekali lagi bergelar isteri apabila berkahwin dengan Tiko dalam majlis yang diadakan di Bali, Indonesia awal Disember tahun lalu. Utusan

BCL laksana umrah untuk arwah Ashraf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium



Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)

Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker