Remaja lelaki maut dalam serangan jerung

SYDNEY: Seorang remaja lelaki maut diserang seekor jerung di luar kawasan perairan percutian dan meluncur di pantai selatan Australia, kata polis hari ini.

Polis negeri Australia Selatan dalam satu kenyataan berkata, mayat remaja itu ditarik dari air selepas serangan itu, berhampiran Pantai Ethel di Taman Negara Innes di Semenanjung Yorke.

Seorang penduduk tempatan, Marty Goody, yang meluncur di kawasan itu selama beberapa dekad, memberitahu Australian Broadcasting Corp, remaja itu mungkin berada kira-kira 30 hingga 40 meter (m) dari pantai.

“Ia adalah bahagian paling terbuka ke lautan. Ia kawasan utama ombak,” kata Goody.

Serangan itu susulan kematian seorang lelaki berusia 46 tahun, pada Mei lalu yang dibaham jerung di Pantai Walkers Rocks di Semenanjung Eyre. – REUTERS

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker