Johor tak perlu tubuh Kerajaan Perpaduan, henti desak – Jefridin

Johor tak perlu tubuh Kerajaan Perpaduan, henti desak – Jefridin

PONTIAN: Isu penubuhan Kerajaan Perpaduan di negeri ini perlu dihentikan kerana Barisan Nasional ( BN ) tidak pernah meminggirkan parti dan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN Johor, Datuk Jefridin Atan berkata, wakil parti berkenaan di negeri ini juga tidak dipanggil pembangkang, sebaliknya sebagai ‘Pengimbang’.



Justeru, katanya, permintaan tersebut tidak adil kerana kerajaan BN negeri dibentuk sebelum penubuhan Kerajaan Perpaduan, iaitu pada Mac 2022 selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.

“Kemenangan BN Johor pada Pilihan Raya Negeri ( PRN ) pada bulan Mac tahun lalu merupakan mandat yang telah diberikan oleh pengundi yang sewajarnya tidak boleh dipertikaikan.

“Kami pun mesra dengan pihak pengimbang dengan kerajaan negeri turut memberikan peruntukan bagi mereka membantu pengundi di kawasan masing-masing,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Anugerah Kita Jaga Kukup, Bersih dan Lestari di Dewan Serbaguna Permas, di sini malam tadi.

Jefridin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Bendahari Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dr. Mohd. Zuhan Zain bahawa wakil parti itu serta PH perlu menjadi sebahagian kepimpinan kerajaan negeri, sungguhpun BN kini mendominasi 40 daripada 56 kerusi DUN Johor.



Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, BN memenangi 40 kerusi, manakala PH meraih 13 kerusi dengan DAP memperoleh 10 kerusi, manakala PKR, Amanah dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masing-masing satu kerusi. Perikatan Nasional (PN) pula hanya memenangi tiga kerusi, iaitu Bersatu dua dan Pas satu.

Jefridin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, perkara tersebut juga telah dijelaskan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyatakan tiada keperluan untuk Johor menubuhkan Kerajaan Perpaduan seperti di peringkat Pusat pada ketika ini.

“Kemenangan BN pada PRN yang lalu merupakan sokongan dan mandat diberikan oleh pengundi yang ingin sebuah kerajaan kuat dan kukuh bagi menerajui negeri Johor,” tegasnya.

Pada majlis tersebut, Mukim Serkat dinobatkan sebagai juara Anugerah Kita Jaga Kukup, Bersih dan Lestari. Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, Azmee Awang yang mewakili Pegawai Daerah Pontian, Zainal Eran. Utusan



Johor tak perlu tubuh Kerajaan Perpaduan, henti desak – Jefridin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?



Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023



Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker