Hasrat suami isteri mahu ‘bulan madu’ di Turkiye tidak kesampaian dihalang dari ‘terbang’

SHAH ALAM – Keinginan pasangan suami isteri untuk menyambut hari lahir dan berbulan madu di Turkiye tidak kesampaian kerana pasport yang dibawa basah sehingga mengakibatkan mereka tidak dibenarkan terbang ke negara tersebut.

Menerusi video yang dimuat baik oleh pemilik akaun TikTok @fikryyazman berkata, walaupun sudah cuba menggunakan alat pengering, namun ia tidak boleh digunakan lagi sebagai dokumen pengenalan diri ke luar negara.

Hasrat Fikry untuk ke Turkiye bersama isterinya terpaksa dibatalkan akibat pasport yang dibawa basah. - Foto TikTok @fikryyazman
Hasrat Fikry untuk ke Turkiye bersama isterinya terpaksa dibatalkan akibat pasport yang dibawa basah. – Foto TikTok @fikryyazman

Menurutnya, pasport tersebut tidak dapat diselamatkan apabila mengalami kerosakan hampir 80 peratus.

“Saya berulang-alik bekerja di Singapura. Pada hari Sabtu hujan sangat lebat. Sewaktu tiba di Kastam Singapura pasport saya telah basah.

“Kami juga tidak boleh membuat pasport di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kerana Pejabat Imigresen tutup pada hari itu.

“Niat kami nak pergi Turkiye berbulan madu dan sambut hari lahir bersama tidak kesampaian,” katanya ketika membalas komen daripada pengguna TikTok.

Disebabkan kejadian tersebut, dia mengalami kerugian RM16,000 dan wang tersebut tidak dapat dikembalikan.

Video tersebut mendapat 483,300 tontonan itu turut menerima lebih 300 komen mengenai kejadian yang menimpanya.

“Semangat nak pergi dan sudah sampai di KLIA. Kita merancang, ALLAH juga merancang kami terima dengan hati yang terbuka.

“Menitik juga air mata. Tidak mengapalah bukan rezeki,” tulisnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker