Mat Sabu berundur sebagai Presiden Amanah sebelum PRU16

KLANG: Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan ini adalah penggal terakhirnya menerajui parti itu.

Berucap selepas dipilih semula menerajui AMANAH sebaik pemilihan parti itu berakhir hari ini, beliau menjelaskan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kelak, AMANAH akan dinakhodai seorang presiden baharu.

“Pada 2026 adalah konvensyen saya yang terakhir sebagai presiden parti, PRU kalau genap (lima tahun) pada 2028, menjelang PRU ke-16, pimpinan baharu akan muncul memimpin AMANAH.

“Kita tak mahu menangguhkan konvensyen (pemilihan akan datang) kepada 18 bulan. Kita buat (pemilihan selepas ini) ikut jadual, PRU empat tahun lagi bukan lama, kita kena buat persediaan. Pada waktu itu, presiden kita orang lain bukan Bang Mat lagi,” katanya.

Beliau berkata, bukan pemimpin popular yang diangkat untuk menerajui parti, namun amanah yang diberi akan dilaksana sebaik mungkin.

“Saya tidak jadi pilihan nombor satu, sebaliknya nombor lapan. Semasa mesyuarat tadi, ada yang menegur kelemahan saya.

“Saya dan (Datuk Seri Dr) Mujahid (Yusof) tak cakap apa dan mereka buat keputusan seperti diumumkan tadi. Saya tahu dengan segala kelemahan ini, saya akan memimpin bersama rakan-rakan,” katanya.

Mengakhiri ucapannya, Mohamad menggesa pemimpin AMANAH mempertahan kerjasama yang terbentuk dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini.

“Amanah kekuatannya bergantung kepada ‘coalation’ (pakatan) hubungan kita dengan PKR, DAP dan sekarang dengan BN (Barisan Nasional) serta parti dari Sabah dan Sarawak.

“Oleh itu, pimpinan yang akan mewarisi parti pada PRU akan datang mesti cari jalan untuk kuatkan ‘coalation’ ini sebab sebarang keretakan, yang paling membawa padah adalah kepada AMANAH sendiri,” katanya.

Mohamad menerajui AMANAH sejak penubuhan parti itu lapan tahun lalu.

Terdahulu, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan diumum kekal menerajui AMANAH sementara jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Ahli Dewan Negara, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Pemilihannya diputuskan pada mesyuarat khas Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKN) AMANAH sebaik proses pengundian bagi pemilihan parti itu berakhir hari ini.

Bagi tiga Naib Presiden AMANAH, 27 Ahli JKN yang dipilih perwakilan parti itu hari ini memilih Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; bekas EXCO Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud serta Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker