Rafizi jemput pengkritik jadi tetamu podcast miliknya tidak lama lagi

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli merancang untuk memulakan program bual bicara podcast dikenali sebagai Yang Bakar Menteri (YBM) yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk bersemuka dengannya.

Siaran podcast YBM akan bermula pada 8 Jan 2024 dan disiarkan setiap dua minggu.

“Saya merancang untuk memulakan podcast YBM (rasminya bermakna Yang Berhormat Menteri, tetapi podcast ini bermakna Yang Bakar Menteri),” katanya menerusi catatan di laman Facebook rasminya.

Rafizi berkata peluang bersemuka di podcast yang dirakam pada sebelah malam itu bertujuan memberi peluang kepada sesiapa sahaja bersemuka dengan beliau tanpa menggunakan peruntukan kerajaan.

Ini kerana, katanya, kemunculan di televisyen menggunakan wang rakyat apabila melibatkan ‘air time’.

“Podcast YBM terbuka kepada sesiapa sahaja – ahli akademik, penyokong kerajaan, rakyat biasa dan terutamanya aktivis pembangkang.

“Selain dari mereka yang ingin tampil secara sukarela untuk peluang ‘membakar’ menteri, saya juga akan mencari aktivis-aktivis maya pembangkang yang banyak memainkan dakyah untuk tampil.

“Saya akan cari mereka, jemput dan beri peluang bersemuka. Mereka berpeluang membakar saya, saya juga berpeluang membakar mereka,” katanya.

Menurut Rafizi, budaya begini lebih baik dari budaya maki hamun dan pertikai perkara picisan seperti yang dibawa aktivis maya pembangkang sekarang.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sherie Merlis hangat bercinta dengan rakan artis?

Sudahlah Amy – Amir Ukays

Atilia kini bergelar pensyarah

Anak saya merintih 40 minit depan mata saya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker