Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba
Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba
Penyanyi veteran, Datuk Zainal Abidin menyatakan keperluan bagi mewujudkan kesedaran bagi kaum lelaki agar tidak terus ego dan bersikap berdiam diri sekiranya berdepan masalah kegagalan fungsi alat kelamin.
Malah jelasnya, berdepan sendiri dengan masalah kegagalan fungsi alat kelamin pada usia 64 tahun memberikan satu kesedaran bahawa penyakit ini boleh diubati dengan rawatan yang betul.
“Tidak perlu segan kerana apabila kita berkongsi, ia memberikan peluang kepada mereka yang mempunyai masalah yang sama seperti saya bahawa ianya boleh diusahakan dan diperbaiki.
“Jika disimpan, ia membahayakan hubungan suami isteri dan banyak isu yang tersimpan dalam hati. Ada suami yang tidak mahu diperiksa, tidak mahu berkongsi dan dinasihati,” kongsinya.
Ulas Zainal lagi, penyakit kencing manis yang dihidapi turut menyumbang kepada masalah kelamin, namun dia bersyukur berjaya menemui solusi selepas mendapatkan nasihat pakar.
“Ia bukan penyakit sebaliknya kelemahan disebabkan oleh faktor usia, lebih-lebih lagi apabila usia saya sudah pun menjangkau lebih 60 tahun. Memang patut pun ianya tidak berfungsi seperti orang muda. Dan juga disebabkan oleh darah tinggi, kolestrol, ia mengganggu Kesihatan kelamin saya.
“Maka dari itu ia tak berfungsi seperti biasa dan semakin lemah. Dari situ saya berjumpa banyak doctor dan kebanyakannya nasihatkan saya untuk menjalankan prosedur P-Shot. Tidak perlu urutan. Dan ianya memberikan kesan positif walaupun tidaklah 100 peratus seperti waktu muda,” katanya lagi.
Penyanyi lagu Puteri itu berkongsi jenis rawatan yang dilakukan bagi memulihkan kesihatan kelaminnya.
“Proses rawatannya tidak lama, tidak sakit dan tidak memerlukan jarum yang Panjang. Ia tidak menakutkan dan dilakukan dengan sangat professional oleh pakar.”
Dalam pada itu, pengasas IDEALYST, Dr Aidil Azry, kaedah P-Shot yang digunakan dalam rawatan Zainal Abidin dapat memperbaiki saluran darah yang tersumbat dan mengembalikan fungsi alat kelamin.
“Rawatan P-Shot merupakan ekstrak plasma darah yang dipanggil PRP untuk memperbaiki saluran darah dan tisu yang rosak pada kawasan zakar bermula sekitar 2008. Secara perlahan-lahan saluran darah akan Kembali pulih dan alat kelamin akan mula berfungsi dalam 50 peratus. Jika berterusan dapatkan rawatan P-Shot, Insya-Allah ia akan Kembali pulih 100 peratus.
“Dan yang terbaharu, Exosome iaitu protein daripada stemcell dan kekuatannya jauh lebih tinggi daripada teknologi PRP. Ia mengandungi bahan aktif untuk memperbaiki tisu zakar. Dan kaedah ini yang digunakan oleh Datuk Zainal dan beliau sudah selesaikan tiga pusingan rawatan,” kongsinya kepada media.
Aidil turut menyatakan Exosome terdiri daripada dua sumber dan kedua-duanya punya keberkesanan dan harga yang berbeza.
“Terdapat dua jenis Exosome iaitu daripada sumber tempatan dan Jepun. Ternyata dari Jepun kesannya lebih berkualiti dan agak mahal. Untuk rawatan, kami sarankan untuk melakukan tiga pusingan bagi mendapatkan Keputusan terbaik.
“Harga untuk P-Shot menggunakan PRP bermula RM2500. Manakala untuk Exosome tempatan berharga RM7000 dan Exosome Jepun berharga RM13,500. Harga ini untuk tiga kali rawatan,” tambahnya lagi. Utv
Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba
Baca Artikel Menarik:
- Biodata Amir Hamzah Azizan
- Pembantu MB Selangor akan didakwa berkait hantaran tuju Yang di-Pertua Melaka
- Khaled terkejut bertukar portfolio
- Komitmen terlalu tinggi hingga terlupa nak kahwin
- Saya ditempatkan di asrama perempuan
- Angeline Tan rasa tenang di Tanah Suci
- Alif Satar dedah sebab anjur #GengSubuhMacamJumaat
- PM bukan Melayu, Polis mulakan siasatan terhadap Kit Siang
- Doktor tidak profesional diberi teguran oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak
- Ajal terkena renjatan elektrik ketika buat sarang burung layang-layang
- Akauntan disyaki dibunuh, mayat ditemui di tepi jalan
- Sokong Anwar, Rosol dakwa masih setia dengan Bersatu
- Sokongan terhadap Anwar! Murshidul Am beri peringatan tentang ‘baiah’ wakil rakyat
- Buka aib sendiri, boleh ke?
- Mimi Lana, Syafiq Kyle jadi kahwin tak?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.