Rakam video lucah murid dan anak lelaki sendiri, guru kaunseling direman 7 hari

Rakam video lucah murid dan anak lelaki sendiri, guru kaunseling direman 7 hari

Seorang guru kaunseling sebuah sekolah rendah di daerah Seremban dikesan melakukan gangguan seksual terhadap murid lelakinya di sekolah berkenaan.

Menurut sumber kepada Harian Metro, perkara itu terbongkar selepas penemuan beberapa video lucah dipercayai dirakam suspek ketika melakukan perbuatan menjijikkan itu terhadap muridnya.



Tambah sumber itu lagi, turut ditemukan di dalam video berkenaan adalah perbuatan terkutuk terhadapnya anak lelakinya sendiri yang dipercayai berlaku di rumah mereka.

“Guru besar sekolah terbabit membuat laporan polis pada 5 Disember lalu berhubung penemuan beberapa kandungan video lucah salah laku gangguan seksual yang dilakukan suspek terhadap murid.

“Difahamkan, turut dijumpai video yang memaparkan video perbuatan salah laku seksual guru terbabit terhadap anak lelakinya sendiri,” katanya, hari ini.

Guru kaunseling lelaki direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi membantu siasatan kes melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.



“Suspek berusia 43 tahun direman bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengesahkan pihaknya menerima laporan kes berkenaan dan suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut. HM

Rakam video lucah murid dan anak lelaki sendiri, guru kaunseling direman 7 hari

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker