Suami isteri dituduh culik warga Palestin didakwa ubah wang haram

Suami isteri dituduh culik warga Palestin didakwa ubah wang haram

Sepasang suami isteri yang didakwa menculik seorang warga Palestin dituduh di Mahkamah Sesyen hari ini melakukan pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM205,636.32.

Nidarahayu Zainal berdepan 17 tuduhan melupuskan sejumlah wang itu daripada akaun CIMB miliknya dan memindahkannya kepada pelbagai penerima.



Sementara itu, suaminya, Raibafie Amdan, didakwa atas satu tuduhan menerima RM30,350 daripada Nidarahayu.

Kesalahan didakwa dilakukan antara 15 Sept dan 2 Okt 2022.

Pasangan itu telah ditahan sejak Oktober tahun lepas dan sedang menunggu dibicarakan di Mahkamah Tinggi atas tuduhan menculik.

Kedua-duanya, bersama 11 individu lain, didakwa menculik seorang lelaki Palestin pada 28 Sept tahun lepas untuk memintanya menyahaktif perisian komputer dan menggodam telefon bimbit.



Seorang lagi individu, Tengku Arif Tengku Bongsu, turut didakwa di mahkamah bersama mereka.

Tengku Arif didakwa atas satu tuduhan menerima RM25,000 daripada Nidarahayu pada 29 Sept 2022. Dia juga sedang menunggu dibicarakan bagi kes penculikan yang sama.

Hakim Kafli Che Ali mengenakan ikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin bagi Nidarahayu, manakala Tengku Arif dan Raibafie ditawarkan ikat jamin RM20,000 setiap seorang.

Mahkamah menetapkan 20 Nov untuk sebutan seterusnya.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rozaliana Zakaria, manakala Goh Kim Lian mewakili Tengku Arif selaku peguam.

Pasangan suami isteri itu tidak diwakili peguam. FMT

Suami isteri dituduh culik warga Palestin didakwa ubah wang haram

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri



Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker