Prabowo dahului saingan calon Presiden Indonesia

Prabowo dahului saingan calon Presiden Indonesia

JAKARTA: Menteri Pertahanan Indonesia yang menjadi calon Presiden, Prabowo Subianto mendahului saingan dalam pemilihan menjelang pilihan raya Presiden Februari depan, dengan beberapa siri tinjauan baru-baru ini menunjukkan bekas jeneral itu kini paling menonjol dengan kelebihan 20 mata.

Tinjauan terbaharu yang dikeluarkan hari ini oleh Kompas, menunjukkan Prabowo dan gandingannya, anak lelaki Presiden Joko Widodo, Gibran Rakabuming, 36 tahun, memperoleh 39.3 peratus undi.

Tinjauan itu meletakkan bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan sebagai saingan rapat dengan 16.7 peratus, diikuti oleh Ganjar Pranowo dengan 15.3 peratus.

Hasil tinjauan pendapat itu sekali gus menjadi yang pertama menunjukkan Anies mengatasi Ganjar dan mencerminkan peningkatan trajektori yang ditunjukkan oleh tinjauan pendapat baru-baru ini.

Dua tinjauan yang dikeluarkan pada hujung minggu oleh tinjauan pendapat berasingan, Indikator Politik dan Lembaga Survei Indonesia juga menunjukkan Prabowo menjadi pendahulu, masing-masing dengan 45.8 peratus dan 45.6 peratus undian.

Kedua-dua tinjauan menunjukkan Prabowo memperoleh peratusan lebih 20 mata di hadapan lawan terdekatnya.

Keputusan itu diperoleh hanya beberapa minggu selepas kempen secara rasmi dimulakan dan perdebatan Presiden pertama, tertumpu kepada undang-undang, demokrasi dan hak asasi manusia, berlangsung pada Selasa lalu.

Keputusan mahkamah Perlembagaan negara pada Oktober lalu yang membuka jalan kepada anak sulung presiden untuk bertanding dalam pilihan raya mencetuskan bantahan meluas mengenai pendalaman politik dinasti dan naungan dalam demokrasi ketiga terbesar di dunia itu.

Namun, tinjauan pendapat menunjukkan kritikan itu tidak menjejaskan populariti Prabowo, yang mengukir imej baharu sebagai bapa saudara yang comel dan pencinta kucing dengan kegemaran tarian Jawa spontan, yang klipnya tular di TikTok.

Prabowo didakwa melakukan pencabulan hak asasi manusia di Timor Timur dan terbabit dalam penculikan 13 aktivis pelajar pada 1998.

Bagaimanapun, beliau menafikan semua dakwaan itu.

Pilihan raya Presiden Indonesia dijadualkan pada 14 Februari 2024.

Jika tiada calon memperoleh majoriti, undi akan pergi ke pusingan kedua pada Jun berikutnya. BH

Prabowo dahului saingan calon Presiden Indonesia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara

GV10: Jaclyn Victor juara

GV10: Liza Hanim layak jadi juara – Hetty Koes Endang

Notis jabatan kerajaan: ‘Jangan skandal dengan suami, isteri orang’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker