Presiden Palestin ucap tahniah pada Anwar

Tangkap layar video memaparkan Anwar menerima panggilan daripada Mahmoud.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima panggilan telefon daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang merakamkan ucapan tahniah sempena pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Anwar menerusi perkongsian di laman Facebook beliau sebentar tadi sambil menyatakan kesediaan Malaysia untuk memperkukuh hubungan kerjasama di antara kedua-dua negara.

“Menerima panggilan telefon daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi merakamkan ucapan tahniah sempena pelantikan saya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

“Kami mengulangi kesediaan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestin di dalam pelbagai lapangan termasuk perdagangan, hubungan sesama rakyat serta pendidikan,” kata perkongsian tersebut hari ini.



Menurut Anwar, beliau turut menzahirkan simpati atas nasib yang menimpa rakyat Palestin dan menegaskan komitmen serta solidariti berterusan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin untuk bebas daripada cengkaman Zionis Israel.

“Di bawah pentadbiran saya, Malaysia akan kekal teguh dalam perjuangan untuk menamatkan penderitaan berpanjangan rakyat Palestin dan mengembalikan keamanan, kebebasan dan kemerdekaan Palestin,” tegas beliau.

Sebelum ini, Anwar turut menerima panggilan telefon daripada pemimpin-pemimpin negara dari seluruh dunia seperti Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN



Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker