Budak cuci kereta makan di hotel 5 bintang

SEORANG lelaki mengajak sekumpulan kanak-kanak cuci kereta makan di sebuah hotel lima bintang di India baru-baru ini. – Foto Instagram/Kawaljeet Singh

Sekumpulan kanak-kanak yang membersihkan tingkap kereta seorang lelaki tidak menyangka pemilik kenderaan akan membawa mereka makan malam di  sebuah hotel mewah, lapor portal berita Hindustan Times semalam.

Kejadian berlaku baru-baru ini, manakala rakaman video mengenainya tular di media sosial.

Video ini dikongsi oleh lelaki bernama Kawaljeet Singh di laman Instagram.

Dalam kapsyen siaran video itu itu dia menulis, “Terperangkap di lampu isyarat, kanak-kanak sedang membersihkan kereta untuk mendapatkan wang berhampiran hotel lima bintang.

“Daripada hanya memberi wang, saya mengajak mereka masuk ke dalam kereta saya.

“Mata mereka terbeliak apabila kami tiba di hotel lima bintang untuk makan malam iaitu yang pertama untuk mereka.”

Kapsyen seterusnya ialah:  “Duduk bersama, kebahagiaan mereka adalah nyata dan ia sampai kepada saya. Melihat mereka menikmati hidangan mewah itu sangat menyentuh (perasaan).

“Mereka tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada saya dan ia menjadikan keseluruhan pengalaman itu sangat berbaloi,” katanya. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker