Jangan jadi penunggang agama dalam politik, Dr. Zul ingatkan siapa?
Pemimpin politik diingatkan untuk tidak menggunakan agama Islam demi kepentingan peribadi bagi mengelakkan dilihat seperti ‘penunggang agama’.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, selagi sesebuah parti politik atau pemimpin itu melakukan perkara yang betul, maka sebagai orang Islam boleh menerimanya.
Zulkifli turut menasihatkan agar pemimpin parti mengetepikan permainan sentimen agama dengan menampilkan cara politik ilmu yang lebih matang.
Bagaimanapun, beliau berkata, jika penggunaan agama bagi menegakkan Islam, ia dibenarkan.
“Sentimen cuba kendurkan tapi kita datang (tampilkan) dari segi politik ilmu, politik matang dan politik berhujah.
“(Kalau) dia betul kita terima. Kita tengok mana yang betul. Kita kena terima tiada masalah. Cuma dari segi wadah, mereka masuk dan selesa, itu tak boleh buat apa kerana ini demokrasi.
“Kalau gunakan agama untuk agama seperti para sahabat, tabiin dan pejuang Islam yang benar-benar ikhlas zaman dulu, bagi saya tiada masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan dalam episod terbaharu podcast Keluar Sekejap dikendalikan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan semalam.
Mengulas lanjut, Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan menyifatkan terdapat banyak parti politik yang menampilkan prestasi baik walaupun tidak menggunakan nama agama.
“Sejujurnya banyak parti dan pemerintah yang baik-baik di luar, walaupun bukan nama agama. Sepatutnya kita ucap terima kasih.
“Itu betul tetapi bukan semestinya yang menggunakan agama itu mesti betul 100 peratus. Itu juga mesti kita terima. Kita kena tengok bagaimana sepatutnya kita nilaikan cara Islam yang sebenar,” jelasnya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Isham Jalil kalau berani sila hadir mesyuarat MKT malam ini – Zahid
- Boikot Israel memberi kesan ketara kepada Starbucks
- Kes saman selesai tapi masih maki dan caci
- Mak Cik Kemboja, anak didakwa esok
- Penyewa tikam, kelar tuan rumah
- Azlan tak lafaz cerai, gaduh pasal bisnes
- Keluarga tebusan Israel berang selepas berjumpa Netanyahu
- Umno terhuyung-hayang jika bersama PN – penganalisis
- Dakwaan merogol adalah cubaan Israel fitnah dan cemar reputasi Hamas
- ‘Umpama mimpi’, Pengawal keselamatan terkejut dan terharu mendapat pengiktirafan dari Istana Negara
- Jovian, Nina Ismail Sabri bercerai sejak empat bulan lalu
- Isham perjelas selepas gambar bersama Khairuddin tersebar
- Influencer kantoi curang cerai talak tiga
- Jasmine Suraya dimaki tidak fasih berbahasa Melayu satu masa dahulu
- Ibu buat video lucah anak perempuan untuk lunas hutang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin
Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya
You must be logged in to post a comment.