Ini kenapa sokongan Ahli Parlimen Bersatu kepada PM bukan rasuah
Ini kenapa sokongan Ahli Parlimen Bersatu kepada PM bukan rasuah
Azalina Othman Said berkata, keputusan lima Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan peruntukan pembangunan tidak boleh dianggap sebagai rasuah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi) itu berkata, ia hanya boleh dianggap sebagai rasuah jika Anwar membuat tawaran sedemikian dalam usaha menjadi perdana menteri.
“Tetapi (Anwar) sudah jadi perdana menteri, dengan sokongan 149 Ahli Parlimen, (sokongan) lagi lima (Ahli Parlimen) itu untuk apa?” kata Azalina dalam program bual bicara “Suara Anak Madani” yang disiarkan di YouTube semalam.
Lima Ahli Parlimen Bersatu terbabit, yang mendakwa bertindak sedemikian demi pengundi, terdiri daripada Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Azizi Abu Naim (Gua Musang); Zahari Kechik (Jeli); dan Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).
Dalam pada itu, Azalina berkata, undang-undang sedia ada untuk membendung berita palsu sudah lapuk dan perlu disemak semula.
(Untuk menyemak undang-undang sebegitu), perlu memanggil semua pihak berkepentingan. Contohnya, isu pelanggaran 3R (bawah bidang kuasa) Kementerian Dalam Negeri,” katanya merujuk kepada kesalahan berkait kaum, agama dan institusi raja.
Azalina berkata, rakyat tidak boleh hanya bergantung kepada undang-undang untuk membendung berita palsu, sebaliknya mesti mengawal diri sendiri.
“Kalau kita tahu benda itu tak betul, tanggungjawab kita bukan untuk sebar, tetapi untuk dapatkan pengesahan (sama ada betul atau tidak),” katanya.
Pada 27 Sept, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula Akta Antiberita Tidak Benar, yang dimansuhkan pada 2019.
Bagaimanapun, pada 2021, sebuah undang-undang diwartakan menetapkan denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun terhadap mereka yang menghasilkan, menerbitkan atau mengedar berita palsu. FMT
Ini kenapa sokongan Ahli Parlimen Bersatu kepada PM bukan rasuah
Baca Artikel Menarik:
- Isham Jalil kalau berani sila hadir mesyuarat MKT malam ini – Zahid
- Boikot Israel memberi kesan ketara kepada Starbucks
- Kes saman selesai tapi masih maki dan caci
- Mak Cik Kemboja, anak didakwa esok
- Penyewa tikam, kelar tuan rumah
- Azlan tak lafaz cerai, gaduh pasal bisnes
- Keluarga tebusan Israel berang selepas berjumpa Netanyahu
- Umno terhuyung-hayang jika bersama PN – penganalisis
- Dakwaan merogol adalah cubaan Israel fitnah dan cemar reputasi Hamas
- ‘Umpama mimpi’, Pengawal keselamatan terkejut dan terharu mendapat pengiktirafan dari Istana Negara
- Jovian, Nina Ismail Sabri bercerai sejak empat bulan lalu
- Isham perjelas selepas gambar bersama Khairuddin tersebar
- Influencer kantoi curang cerai talak tiga
- Jasmine Suraya dimaki tidak fasih berbahasa Melayu satu masa dahulu
- Ibu buat video lucah anak perempuan untuk lunas hutang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin
Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya
You must be logged in to post a comment.