Lan Solo & Syura dilabel toksik

Lan Solo & Syura dilabel toksik

Lan Solo dan Syura dianggap toksik hanya kerana mereka bergelak ketawa bersama dengan isteri Lan dalam satu video.

Peminat Lan Solo luah kekecewaan dengan konten yang dimuat naik artis itu sebaik sahaja Siti Nordiana menarik saman fitnah RM2.5 juta ke atas dia, syura, isterinya dan 3 individu lagi.



Siti Nordiana setuju untuk menyelesaikan perkara itu secara baik di luar mahkamah. Siti Nordiana menerima permohonan maaf di hadapan hakim.

Namun video gelak gelak Lan Solo bersama isterinya dan Syura telah menimbulkan kemarahan netizen dan dilabel toksik.

Ianya dianggap tidak kena masa dan tempat. Adalah lebih baik dia memuat naik konten menzahirkan rasa bersyukur kerana tidak disaman. Mereka juga mengharapkan konten lebih baik daripada Lan Solo setelah permohonan maaf mereka diterima Siti Nordiana.

Sebaliknya, Lan Solo sempat membuat lawak kononnya dia bengang kerana pada hari ulangtahun perkahwinannya, boleh pula ada Syura di situ.



Isteri Lan tumpang gelak dan kagum kerana suaminya tak seperti lelaki lain yang selalu lupa pasal tarikh ulangtahun.

Syura terus menambah dia akan terus menghantui hidup Lan.

Di ruangan komen netizen mengandaikan bahawa video itu ibarat menganjing apa yang berlaku.

Dan ada juga menganggap Lan Solo sebagai toksik. Peminat Lan sendiri kecewa kerana mereka tak percaya Lan Solo terlibat dalam perkara seperti itu sebagai seorang lelaki.



Mizz Kamalia berkata: “Patutlah sendu, harap terus sendu korang berdua. Tak profesional. Dah orang tarik saman tu patut bersyukur, ni still toksik dan menganjing.”

Ada juga mempersoalkan adakah 3 orang dalam video itu tak tahu malu. Selepas satu Malaysia sebelum ini melihat mereka mengutuk dan membawang artis lain sebelum ini, masih memuat naik video seperti tiada apa yang berlaku.

Selepas menerima kecaman di video yang dia muatnaik. Lan memuat naik pula gambar mereka sedang ketawa. Dan kemudian dia menghadkan komen. Vc

Lan Solo & Syura dilabel toksik



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Daiyan Trisha dicium Hun Haqeem, netizen naik minyak



Nampak macam mak awak ke, tanya Leona

Aku bersumpah tiada lagi kelahiran lelaki dalam keluarga kau – Bekas menantu Zainal Abidin



Anak Nazir Razak ‘kurang senang’ dengan perkahwinan baru ayahnya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker