Netanyahu akan dibicarakan sebagai penjenayah perang

Netanyahu akan dibicarakan sebagai penjenayah perang

Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu akan dibicarakan sebagai penjenayah perang kerana pembunuhan orang awam berterusan di Semenanjung Gaza.

Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan, berkata ketika mesyuarat jawatankuasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), berkata Gaza ialah tanah Palestin dan akan terus menjadi milik keturunan Palestin, seperti laporan REUTERS.

Sementara itu di Baitulmaqdis, AFP melaporkan tentera Israel hari ini berkata, tiga lagi askarnya terbunuh dalam pertempuran di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah kematian tentera di sana meningkat kepada 75 orang sejak perang bermula.

Menurut tentera, ketiga-tiga mereka maut di utara Gaza semalam.

Kematian itu menjadikan jumlah anggota pertahanan Israel yang terbunuh sejak 7 Oktober lalu, antaranya mereka yang terkorban dalam serangan Hamas, termasuk askar, pasukan simpanan, pengawal kibbutz dan lain-lain, kepada 401 orang.

Sementara itu, Israel hari ini berkata, pihaknya tidak memaksa orang awam di Palestin meninggalkan rumah mereka secara kekal, walaupun mengakui keadaan di Semenanjung Gaza yang dikepung ketika ini tegang.

Sebarang cadangan pemindahan rakyat Palestin mendapat bantahan hebat dunia Arab berikutan perang yang membawa kepada tertubuhnya Israel 75 tahun lalu, yang mengakibatkan penghijrahan atau pemindahan secara paksa 760,000 rakyat Palestin, melalui satu peristiwa dikenali sebagai Nakba, atau ‘malapetaka’.

Israel mengisytiharkan perang ke atas Hamas yang memerintah Gaza, selepas satu serangan dilancarkan ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.

Menurut pihak berkuasa Israel, dalam serangan Hamas itu, 1,200 orang terbunuh, kebanyakannya orang awam.

Kementerian Kesihatan di wilayah Palestin melaporkan angka kematian lebih daripada 15,500 orang dengan kesan pengeboman tanpa henti dan serangan darat Israel, mencetuskan kebimbangan antarabangsa yang semakin meningkat.

Sejak gencatan senjata tamat minggu lalu yang menyaksikan pembebasan puluhan tebusan Israel dan lain-lain sebagai pertukaran untuk tahanan Palestin, Israel memperluas serangan di Gaza.

Dalam anggaran terbaru dikeluarkan Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), sekitar 1.8 juta orang di Gaza iaitu mewakili kira-kira 75 peratus daripada penduduk telah dipindahkan, kebanyakannya ke tempat perlindungan yang sesak dan tidak bersih. BH

Netanyahu akan dibicarakan sebagai penjenayah perang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker