Kemaman bukan Tanjung Piai, Umno tak khianat kerajaan

Kemaman bukan Tanjung Piai, Umno tak khianat kerajaan

Pemimpin Umno menolak gesaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin supaya parti itu menilai semula kedudukan dalam kerajaan perpaduan selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada PRK Kemaman, minggu lalu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Puad Zarkashi berkata kekalahan itu tidak bermaksud mereka perlu keluar daripada kerajaan perpaduan diketuai Anwar Ibrahim, sebaliknya perlu turut melihat keserasian yang semakin kukuh.



Tegasnya, Umno tidak akan mengikut jejak Bersatu keluar dari gabungan kerajaan pada Feb 2020 menerusi Langkah Sheraton, bertitik tolak daripada kekalahan PRK Tanjung Piai, tiga bulan sebelum itu dengan alasan hilang sokongan Melayu.

Pada pilihan raya itu, calon BN Wee Jeck Seng menang dengan majoriti 15,086 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini dari Bersatu. Pada PRU14, kerusi itu dimenangi PH.

“Kemaman tidak boleh disamakan dengan Tanjung Piai. Kekalahan Bersatu di situ digunakan Muhyiddin untuk menjatuhkan Dr Mahathir Mohamad dan DAP hanya jadi kambing hitam kepada Muhyiddin,” kata Puad kepada FMT.

Ahad lalu, Muhyiddin berkata kekalahan BN pada PRK Kemaman memberi amaran kepada Umno supaya menilai semula kerjasama mereka dengan PH. Katanya, keputusan menunjukkan trend penolakan pengundi BN terhadap kerjasama parti itu dengan PH.



Pada PRK Kemaman, Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar, mewakili PAS menewaskan calon BN Raja Affandi Raja Mohamed Noor dengan majoriti 37,220 undi.

Puad yang juga Adun Rengit berkata kerjasama Umno dan PH juga semakin serasi, terbukti dengan pembabitan parti itu dalam penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera.

“Itu bukti kerajaan perpaduan komited. Umno akan menilai kedudukannya dalam kerajaan jika ada unsur tikam belakang,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi MKT Razlan Rafii berkata ‘seruan’ Muhyiddin mengenai penilaian semula kerjasama Umno dengan PH bukan penyelesaian untuk mengekalkan ketenangan rakyat mahupun kestabilan negara.



Jelasnya, “perjanjian kestabilan” ditandatangani ketika kerajaan BN/PH ditubuhkan tidak akan terjejas dengan hasil keputusan mana-mana pilihan raya kecil.

“Apa sahaja yang Muhyiddin utarakan itu tidak lain dengan apa yang mereka lakukan masa mencipta kerajaan ‘tebuk atap’ sebelum ini yang membawa kesengsaraan kepada rakyat,” katanya.

Razlan juga berkata, tiada isu peralihan sokongan ahli Umno kepada PAS timbul di Kemaman memandangkan undi dimenangi parti itu lebih rendah berbanding jumlah diraih PRK sebelum ini.

“Pasal ahli Umno menyokong PAS ini tiada kebenaran, kalau kebenaran itu ada sudah tentu Ahmad Samsuri Mokhtar akan dapat undi yang lebih tinggi…70,000 atau 80,000,” katanya. FMT



Kemaman bukan Tanjung Piai, Umno tak khianat kerajaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular



Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?



Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker