3 ADUN pembangkang Perak bakal sokong kerajaan negeri

3 ADUN pembangkang Perak bakal sokong kerajaan negeri

IPOH: Naib Pengerusi PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad mendakwa sekurang-kurangnya tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Perak akan mengumumkan sokongan kepada kerajaan negeri.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran ADUN berkenaan.



Muhamad Arafat berkata, dua daripada ADUN berkenaan sudah menemuinya di sini masing-masing pada bulan ini serta bulan lalu menyatakan hasrat ingin membantu rakyat dengan mengukuhkan kerajaan negeri melalui sokongan terhadap kepimpinan.

Menurutnya, sokongan yang diberikan itu tanpa memerlukan tiga ADUN berkenaan melompat parti masing-masing.

“Mereka juga akan kekal berada dalam parti masing-masing dan tidak menyeberang (duduk di blok kerajaan).

“Namun ia lebih kepada menyokong kepimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad,” katanya kepada pemberita di Bilik Sidang Media Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.



Kata Muhamad Arafat yang juga ADUN Hulu Kinta, berkata alasan diberikan ADUN terbabit bagi menyatakan sokongan itu adalah disebabkan yakin terhadap kepimpinan Saarani di peringkat negeri serta terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat pusat.

“Wakil rakyat pembangkang berkenaan juga gembira melihat kestabilan politik yang berlaku di Perak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria melalui satu sidang akhbar berasingan menafikan perkara itu akan berlaku dan menganggap kenyataan Muhamad Arafat itu sebagai provokasi dan tidak perlu dilayan.

“Pertama sekali itu (dakwaan) daripada dia dan kita tiada apa-apa maklumat, dan kalau ada pun daripada pembangkang yang hendak menyokong kerajaan, ia tidak memberi apa-apa perubahan. Kita tidak melayan provokasi politik murahan macam ini, tidak ada kepentingan untuk negara.



“Sekarang terpulang kepada individu yang dilantik oleh rakyat itu (sebab) kalau bila ada antara mereka melompat (parti) maka mungkin masa depan mereka umpama membakar jambatan sendiri. Kalau ada yang hendak melompat maka itulah takat (riwayat) politik mereka,” katanya.

Komposisi DUN Perak pada masa ini ialah Kerajaan Perpaduan 33 kerusi iaitu PH 24, BN (9), DAP (18) dan AMANAH (1) manakala PN (26) iaitu PAS (17) dan BERSATU (9).

Baru-baru ini media melaporkan seramai lima Ahli Parlimen pembangkang dari Perikatan Nasional (PN) khususnya BERSATU mengumumkan sokongan secara terbuka kepada kepimpinan Perdana Menteri termasuk membabitkan dua dari Perak iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).

Turut mengumumkan sokongan secara terbuka kepada kepimpinan Anwar itu adalah Zahari Kechik (Jeli), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan). BH



3 ADUN pembangkang Perak bakal sokong kerajaan negeri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular



Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?



Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker