Kelemahan Akta Lompat Parti beri kelebihan kepada kerajaan

Semua Ahli Parlimen seharusnya diberikan peruntukan pembangunan yang sama rata untuk menghalang mereka mengeksploitasi lopong dalam undang-undang antilompat parti untuk bertukar sokongan, kata seorang penganalisis politik.

Wong Chin Huat dari Universiti Sunway berkata Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan – peruntukan yang untuk menghalang wakil rakyat berpaling tadah – hanya memberi kelebihan kepada kerajaan, bukan pembangkang.

Bagaimanapun, beliau berkata lopong itu tidak dapat ditutup dengan hanya mengetatkan undang-undang.



Tiga minggu lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, menggesa undang-undang antilompat parti disemak selepas empat Ahli Parlimen dari parti itu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Walaupun beralih sokongan, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) menegaskan mereka tidak akan meninggalkan Bersatu, sekali gus mengelakkan PRK di kawasan masing-masing.

Mereka kemudiannya disertai oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, yang pada Selasa lalu menyatakan sokongan kepada Anwar.

Bersatu menentang satu klausa dalam draf asal rang undang-undang antilompat parti yang akan mengisytiharkan kerusi kosong jika seorang Ahli Parlimen menentang pendirian parti sendiri. Klausa itu akhirnya dikeluarkan dari rang undang-undang yang dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen.



Wong berkata masalah itu boleh diatasi dengan pindaan pada undang-undang yang membolehkan pengundi memilih parti bukannya calon individu semasa pilihan raya. Ini akan membolehkan parti menggantikan Ahli Parlimen tanpa mencetuskan PRK.

Sementara itu, Peguam Perlembagaan Bastian Pius Vendargon berkata realiti di bawah adalah pengundi cenderung mengundi mengikut parti.

“Jika saya pengundi, saya menyokong dasar-dasar yang parti itu akan pertahankan.

“Jika Ahli Parlimen yang saya pilih kerana alasan itu kemudiannya melompat ke parti lain atau menyokong parti lain, maka dia menyokong dasar-dasar yang tidak pernah saya sokong. Saya tidak akan mengundi untuknya lagi,” katanya.



Beliau berkata walaupun undang-undang antilompat parti berjaya menangani ketidakstabilan politik menjelang PRU15, manfaatnya hanya dirasai dalam jangka pendek.

Vendargon berkata peruntukan itu perlu dikaji semula untuk memastikan ia sama berkesan dalam jangka masa yang lebih panjang.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?

Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega



Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan

Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker