Imigresen serbu ‘Setinggan Pantai Dalam’, 69 PATI dicekup
KUALA LUMPUR: Imigresen menahan 69 pendatang tanpa izin (Pati) dalam operasi penguatkuasaan di sebuah perkampungan setinggan di Kampung Pantai Dalam, awal hari ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jafri Embok Taha, berkata mereka antara 110 warga asing yang diperiksa dalam serbuan bermula 1.30 pagi dengan disertai 111 anggota serta dibantu masing-masing empat anggota Jabatan Pendaftaran Negara dan Angkatan Pertahanan Awam.
Beliau berkata, semua individu itu berumur dua hingga 70 tahun, terdiri daripada 45 lelaki, 23 wanita serta seorang kanak-kanak lelaki.
Serbuan itu, katanya dijalankan hasil daripada risikan selama seminggu selepas menerima aduan awam mengenai keberadaan warga asing yang menghuni kawasan itu.
“Antara kesalahan disyaki dilakukan mereka ialah tinggal lebih masa, tidak mempunyai dokumen dan permit perjalanan yang sah serta lain-lain kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Pihak imigresen juga mengeluarkan satu saman kepada seorang lelaki warga tempatan yang menetap di kawasan perkampungan itu dipercayai melindungi Pati dengan membenarkan mereka tinggal di rumahnya,” katanya kepada pemberita.
Jafri Embok berkata, semua yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, seorang Pati yang ditahan dalam operasi itu memaklumkan dia memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial, namun telah tinggal lebih masa hingga bernikah dan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun.
Wanita warga Indonesia berusia 26 tahun itu, berkata dia masuk ke negara ini pada 2018 dengan niat mahu mencari pekerjaan selain didorong bapanya yang turut menetap di negara ini serta telah mendapat taraf pemastautin tetap.
“Arwah bapa yang nikahkan kami. Suami dan anak saya juga telah ditahan malam ini. Sepanjang tempoh lima tahun di sini, saya tidak pernah menghadapi situasi diperiksa seperti malam ini.
“Saya ambil keputusan untuk mencari rezeki di Malaysia kerana nak sara keluarga yang miskin di Madura, Indonesia,” katanya yang menyewa bilik pada harga RM400 sebulan di kampung itu hasil bekerja sebagai tukang cuci dengan bayaran RM1,500 sebulan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin malu runding isu peruntukan dengan Anwar
- Rombakan Kabinet sebelum akhir tahun ini – Anwar
- BCL buang nama Ashraf
- Israel isytihar teruskan perang di Gaza
- Otak sanusi masuk air – Tiong
- Tiba-tiba akaun ada RM400 juta
- Kejadian 10 anak kucing direndam sampai mati disiasat polis
- 5 tahun tergantung, Najib mohon DNAA kes SRC RM27 juta
- Azam Baki jawab Mahathir, dana Aman Palestin kekal dibekukan
- Bergaduh dengan isteri punca pemandu Honda Civic ‘menggila’ [VIDEO]
- Lelaki suara ‘feminin’ ditangkap basah JAIS
- Mahu jatuhkan ‘Kerajaan Perpaduan’, Mahathir masih nyeyak mimpi kosong disiang hari
- Lee Chong Wei bangga anak dapat A dalam BM
- Pembangkang ‘melompat’ tak puas hati Rafizi kata negeri PN ‘corot’
- Saya diugut MP Bukit Gantang – Awang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega