Lelaki tumbuk ibu kandung dipenjara setahun
Lelaki tumbuk ibu kandung dipenjara setahun
TELUK INTAN: Buruh ladang kelapa sawit dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, kerana menumbuk ibu kandungnya selepas tidak diberikan RM10 untuk membeli dadah.
Majistret T Ashvinii menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Chai Chon Tak, 29, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan ibu kandungnya, Hew Yoke Cheng, 50, cedera dalam kejadian di 2873, bangunan Pejabat DAP, Lorong Taman Langkap Jaya, di sini, pada jam 3 petang, Isnin lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Berdasarkan fakta kes, lelaki itu didapati menumbuk lengan kiri ibu kandungnya kerana tidak memberikan RM10 untuk tujuan membeli dadah.
Mangsa bertindak membuat laporan polis kerana kejadian itu sering kali berlaku serta takut terjadi perkara yang tidak baik terhadapnya, polis kemudiannya menahan suspek di tepi jalan Desa Maju Langkap, jam 9.30 malam hari yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), F Faustina.
Faustina dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara minimum memandangkan tertuduh adalah lelaki bujang yang menanggung ibu bapanya.
Izzudin Fakri pula memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara setimpal tempohnya dengan mengambil kira tertuduh mengasari ibu kandungnya sendiri di khalayak ramai berpunca meminta wang untuk membeli dadah serta hukuman bertujuan sebagai pengajaran untuk orang ramai.
Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh dihukum penjara satu tahun daripada tarikh ditahan Isnin lalu. BH
Lelaki tumbuk ibu kandung dipenjara setahun
Baca Artikel Menarik:
- Azri Iskandar dituduh gila dan reka cerita
- BCL dapat ‘lampu hijau’ keluarga mentua untuk nikah Tiko
- Johor pertama tubuh pusat pemulihan seks sejenis
- Keajaiban bayi 37 hari
- Hamas jemput Elon Musk saksi kemusnahan di Gaza
- Siti Nurhaliza akan atasi rekod Coldplay
- Kamu biadap sokong PM – Razali
- Bersatu tercabar gelombang hijau PAS
- Alif Teega – Biodata, Profil dan Latar Belakang
- Alif Teega Nafi Pukul Aisyah & Berseronok Dengan Perempuan Lain
- Komen Alif Satar Mengenai Isu Alif Teega [VIDEO]
- Sorok wang RM153,000 daripada Isteri akhirnya dirembat oleh skandal sendiri
- 4 pelajar universiti ditahan di Muar, polis jumpa ganja di kolej kediaman
- Dulu kata gemuk, dah kurus kata suntik
- Proton S70 dilancar harga bermula daripada RM73,800
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar
You must be logged in to post a comment.