Saya tidak salah pilih kapal – Raja Mohamed Affandi

#PRK Kemaman

Saya tidak salah pilih kapal – Raja Mohamed Affandi

KEMAMAN: Calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menegaskan beliau tidak tersalah memilih kapal seperti yang didakwa Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu berkata, sebaliknya, beliau telah membuat pilihan yang tepat bersama BN yang mendukung Kerajaan Perpaduan.



“Bagi saya tidak (salah pilih kapal). Dalam politik, pengamatan saya mengenai politik it’s art of impossible (Tiada apa yang mustahil). Many things can happen (Banyak perkara boleh berlaku).

“Kalau nak katakan saya duduk dalam kapal yang nak tenggelam, there’s always a reason why (akan ada cara) kapal ini akan diapungkan. Its not impossible (tiada yang mustahil). I strongly believe that it is not the end of things (saya percaya ini bukan pengakhirannya) and I make a right choice the choice of being with BN (dan saya buat pilihan yang tepat bersama BN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyantuni penduduk bersama bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Kampung Dusun Nyior, Chukai di sini, hari ini.

Raja Mohamed Affandi berkata, sudah tiba masanya untuk beliau kembali kepada rakyat selepas berkhidmat dalam ATM selama lebih 40 tahun.



“Satu pilihan yang tepat untuk saya bersama BN kerana ini adalah sebahagian daripada ‘payback time’ dan ini yang saya berikan kepada negara dan khususnya kepada rakyat di Kemaman.

“Kemaman merupakan tempat saya. Saya dibesarkan di sini, saya bersekolah di sini dan kalau boleh saya nak mati di sini,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin dalam satu ceramahnya dilaporkan berkata Raja Mohamed Affandi tersilap memilih kapal kapal apabila bertanding mewakili BN pada PRK itu.

Muhyiddin mendakwa, ini kerana, kapal UMNO dan BN pada ketika ini sudah tiga suku tenggelam dan menunggu terus tenggelam.



Pada PRK tersebut, Raja Mohamed Affandi dicabar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas dalam pertarungan satu lawan satu. Utusan

Saya tidak salah pilih kapal – Raja Mohamed Affandi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena



Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker