Campur tangan mentua dan ada skandal antara punca utama cerai

Tiada persefahaman, curang dan campur tangan mentua ialah antara punca utama perceraian dalam kalangan pasangan berusia antara 35 hingga 39 tahun di negara ini.

Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata dapatan kajian dijalankan pihaknya setakat ini menunjukkan 56.2 peratus lelaki menyatakan mereka bercerai kerana tiada persefahaman dengan pasangan, diikuti faktor pasangan curang (11.8 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar-duai (10 peratus).

“Bagi dapatan daripada golongan wanita pula, tiada persefahaman turut mencatat peratusan tertinggi sebagai punca mereka bercerai, iaitu 38 peratus, diikuti faktor pasangan curang (20.5 peratus) dan pasangan tidak bertanggungjawab (15.2 peratus).



“Selain itu, campur tangan mentua (enam peratus), enggan dimadukan (2.8 peratus), masalah kewangan (4.7 peratus), dan lain-lain punca seperti didera, tiada zuriat serta terbabit kes jenayah (10.4 peratus),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Kelantan, di sini, hari ini, yang dirasmikan oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Rohani berkata, rata-rata pasangan yang berdepan konflik rumah tangga terdiri daripada golongan muda selepas tempoh perkahwinan antara lima hingga 10 tahun.

“Pastinya, pihak kami akan membantu dan memberikan kaunseling terlebih dulu dengan menasihati pasangan terbabit mengikut kesesuaian masalah yang mereka hadapi.



“Memang hasrat kita ialah memastikan pasangan itu mengembalikan kasih sayang bagi mengelak mereka memilih jalan terakhir, iaitu bercerai atau berpisah,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)



Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker