Kawasaki Frontale belasah JDT 5-0

KUALA LUMPUR: Peluang untuk Johor Darul Ta’zim (JDT) lolos ke pusingan seterusnya dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) semakin tertutup apabila dibelasah Kawasaki Frontale 5-0 di Stadium Todoroki, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan Kawasaki Frontale mengesahkan tempat mereka di pusingan kalah mati selaku juara Kumpulan I ketika saingan peringkat kumpulan masih berbaki satu perlawanan.

Harimau Selatan ketinggalan hanya selepas lapan minit perlawanan berlangsung apabila Akihiro Ienaga menyudahkan umpanan Takuma Ominami.



Lima minit selepas bersambung babak kedua, skuad kendalian Toru Oniki menggandakan kedudukan menerusi rembatan Leandro Damiao yang terkena tiang sebelum menerjah jaring.

Marcinho kemudian muncul pemain ketiga Kawasaki Frontale yang merobek gawang skuad Esteban Solari dalam perlawanan itu selepas dia menanduk masuk bola hantaran Miki Yamane pada minit ke-60.

Permainan lebih berkualiti dipamerkan Kawasaki Frontale terus membuahkan hasil dengan pemain gantian, Yu Kobayashi meledak gol keempat, sembilan minit kemudian.

Malang terus menimpa Harimau Selatan apabila gawang mereka bocor buat kali kelima dan kali ini menerusi Yamane pada minit ke-88, sekali gus mengesahkan kemenangan besar Kawasaki Frontale.



Kemenangan bersih dalam lima perlawanan menyaksikan Kawasaki Frontale terus unggul di tangga teratas kumpulan dengan mengumpul 15 mata, enam mata di hadapan pasukan tangga kedua, Ulsan Hyundai yang mengatasi BG Pathum United 3-1.

JDT di kedudukan ketiga dengan menghimpun enam mata, manakala BG Pathum United yang tewas semua lima perlawanan menghuni tangga tercorot dan sah terkeluar dari perebutan tiket ke pusingan seterusnya.

Harimau Selatan akan menutup saingan peringkat kumpulan berdepan BG Pathum United sementara Kawasaki Frontale pula berdepan Ulsan Hyundai dengan kedua-dua aksi itu akan berlangsung pada 12 Disember ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah



Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?



Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker