Siti boleh pintas balik Coldplay

Siti boleh pintas balik Coldplay

BERDASARKAN komen-komen di media sosial, terdapat gelombang keyakinan netizen pelbagai kaum yang percaya ikon Malaysia, Siti Nurhaliza mampu mengulangi sejarahnya menakluki Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
MELIHAT senarai tular 20 konsert berpenonton terbanyak di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang diungguli band berbendera Britain, Coldplay, tanah air ini dirasakan seperti ‘dijajah’ semula. Anak tempatan kalah di bumi sendiri.

Mungkin tak ramai sedar stadium di Kuala Lumpur itu bukan saja terbesar di Malaysia, tetapi juga terbesar di Asia Tenggara. Maka, betapa besarnya maruah negara ada pada stadium itu yang mula dibina pun bersempena sukan empayar British, Sukan Komanwel 1998.

Dalam senarai itu, hanya Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin satu-satunya artis tempatan. Siti berada di tempat kedua mengatasi konsert maestro India, AR Rahman 67,000 (yang turut menampilkan Siti) di tempat ketiga dan tempat keempat Blackpink dengan 65,000.

Berdasarkan rekod, SNBJ yang juga stadium ke-4 terbesar Asia dan ke-15 terbesar dunia mencatat rekod kehadiran tertinggi 98,543 penonton pada perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010.

Terdahulu, Siti telah memegang rekod kehadiran tertinggi dengan 70,000 penonton selama 19 tahun menerusi Siti Nurhaliza Fantasia Tour 2004 sehinggalah Coldplay meleburkannya Rabu lalu dengan angka 75,000.

Selepas 2004, Siti tak pernah lagi muncul melakukan konsert di situ. Kini, daripada komen-komen di media sosial terdapat gelombang permintaan untuk Siti kembali melaksanakan konsert berskala besar di stadium berkapasiti penuh 100,200 penonton itu.

Malah, terdapat satu tinjauan suara kecil di media sosial X yang menunjukkan peminat Siti berkeyakinan bahawa Siti mampu menarik penonton sebesar Coldplay. 77 peratus peminat mengundi ‘mestilah boleh’ dan 23 peratus mengundi ‘biasa-biasa saja’.

Kalau terlupa, Siti juga ialah artis tersohor Nusantara yang terpaksa dihentikan pencalonannya dalam Anugerah Planet Muzik setelah 10 tahun menjadi artis serantau paling popular tanpa mampu digugat mana-mana artis Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Tidak mustahil kalau Siti melakukan konsert mega di stadium tanpa jelajah negara-negara lain, penggemar-penggemar Siti Nurhaliza dari pelosok Nusantara mampu membanjiri stadium.

Mungkin orang fikir popularitinya tidak segah zaman muda lagi tetapi hakikat bahawa populariti Siti sebagai penyanyi ikon Malaysia yang paling dikenali rakyat pelbagai kaum masih tak tersentuh adalah ‘senjata’ yang mampu menghimpunkan seluruh rakyat Malaysia.

Kita tahu fenomena dicetuskan kaum India selepas Siti mendendangkan lagu tamil Munbe Vaa di konsert AR Rahman dan penerimaan kaum Cina selepas Siti diberi penghormatan menyanyikan lagu Kita Satu Keluarga versi Cina oleh Yayasan Tzu-Chi dan dua bulan lalu muncul di Astro AEC dalam satu pertandingan nyanyian Cina. Dia bergelar penyanyi No.1 Malaysia bukan kerana semata-mata hebatnya menyanyi, tetapi kerana magisnya menakluki hati pertiwi. Itulah ciri yang dilihat belum ada pada artis-artis Malaysia lain era ini.

“Buat je TokTi. Selit 2,3 lagu Tamil, 2,3 lagu Mandarin, 2,3 lagu Inggeris, satu Malaysia akan kerumun. Buatlah buatlah,” kata netizen kaum India, Kumaran Rajamoney di TikTok.

“Free ke berbayar stadium tetap penuh.. love Siti Nurhaliza,” ujar netizen Leeyaaa.

Dengan harga tiket yang berpatutan, tanpa sebarang jelajah lain ditambah mood menggila konsert pascapandemik orang ramai, rasanya tidak mustahil untuk Siti rampas posisinya daripada Coldplay. Buktinya, top 4 dalam senarai itu melainkan Siti semuanya konsert selepas pandemik! K Online

Siti boleh pintas balik Coldplay

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker