Projek jambatan darat Thailand tetap beri manfaat kepada Malaysia

Projek jambatan darat Thailand tetap beri manfaat kepada Malaysia

Rancangan kerajaan Thailand untuk membina pelabuhan serta jambatan darat yang akan memendekkan perjalanan kapal hingga tidak perlu melalui Selat Melaka akan turut memberi faedah kepada Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Thailand melalui rakan sejawatnya, Srettha Thavisin sendiri memberi komitmen untuk turut melibatkan Malaysia dalam projek berkenaan.



Melalui projek itu, laluan sejauh 90 kilometer yang akan dibina dijangka dapat memendekkan perjalanan menerusi laut selama empat hari dan kos dijimatkan sehingga 15 peratus antara Teluk Siam dan Laut Andaman.

Projek mega itu sudah lama tergendala sejak dicetuskan Raja Narai pada 1677 dan apabila siap kelak, ia bakal mengurangkan kesesakan trafik ribuan kapal di Selat Melaka.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan masih terlalu awal untuk Malaysia membincangkan perkara itu termasuk membuat keputusan untuk terlibat secara langsung dalam projek yang melibatkan pembinaan pelabuhan baharu Ranong di barat dan Chumphon di timur negara itu.

“Tidak juga (tidak beri manfaat), land bridge masih di peringkat awal, dalam perbincangan itu memang akan melibatkan Malaysia dan beri manfaat kepada kita terutama negeri-negeri utara semenanjung, bagi kita ada faedah untuk kita manfaatkan kemudahan di situ.



“Cuma secara terperinci sama ada kita menyertai atau ada ekuiti (melabur) itu terlalu awal untuk dibincangkan tetapi semangat yang dibincangkan antara Srettha dengan saya adalah beliau akan memastikan Malaysia akan menerima manfaat dan terlibat dalam projek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja sehari untuk membincangkan isu berkaitan kerjasama dua hala Malaysia-Thailand di sini, hari ini.

Anwar dan Srettha turut mengadakan lawatan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao dan tapak titik pertemuan Projek Jajaran Jalan Menghubungkan pusat pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

Pada sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco baru-baru ini, Srettha membangkitkan semula idea projek itu yang melibatkan kos RM131 bilion menerusi pembinaan pelabuhan baharu Ranong di barat dan Chumphon di timur yang akan dihubungkan melalui landasan kereta api atau jalan.



Sementara itu, Perdana Menteri berkata, beliau melihat sikap positif Srettha dalam menyelesaikan perkara-perkara berbangkit agar keputusan segera yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara dapat dicapai.

“Phuket umpamanya dapat manfaat sangat baik (dalam pelancongan) dan beliau arah Menteri Pelancongan Thailand untuk agih manfaat itu kepada Langkawi agar ada sinergi antara dua negara. Sikap itu jarang berlaku dalam perhubungan dua negara, malah dalam beberapa perjumpaan di Putrajaya, San Francisco dan New York beliau konsisten.

“Tidak boleh ada hubungan yang hanya manfaat kepada satu negara sahaja dan kurang kepada negara lain. Mereka dapat manfaat pelancongan mereka ingat kita. Beliau ada tanya boleh atau tidak mereka nak buat dokumentari untuk promosi Phuket dan Langkawi serta Malaysia dan Thailand,“ katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan bahawa kerajaan Thailand bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Rantau Panjang di Kelantan ke Sungai Golok di Narathiwat.



“Perdana Menteri Thailand bersetuju untuk memulakan projek ini tidak lewat daripada tahun depan, (tunggu) kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan untuk mempercepatkan proses. Saya akan maklumkan perkembangan ini kepada Menteri Besar Kelantan untuk mempercepatkan proses,” katanya. Utusan

Projek jambatan darat Thailand tetap beri manfaat kepada Malaysia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)



Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker