PAS bernafsu besar jadi kerajaan tebuk atap
PAS bernafsu besar jadi kerajaan tebuk atap
Kenyataan Hadi Awang berhubung usaha memujuk pemimpin Umno yang tidak menyokong kerjasama dalam kerajaan perpaduan untuk bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) membuktikan ‘nafsu besar’ PAS menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’.
Menyifatkannya sebagai tidak bermoral, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi menjangkakan usaha itu akan gagal melihat pergolakan dalam PN, merujuk tindakan empat Ahli Parlimennya menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“PAS masih bernafsu besar untuk menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’.
“Hadi tahu dia tidak akan berjaya. Mana mungkin khususnya ahli Umno termakan pujukan beliau walhal PN sendiri semakin berpecah,” katanya.
Kelmarin, presiden PAS itu mendakwa PN masih berusaha menarik sokongan pemimpin Umno yang tidak menyokong kerjasama dalam kerajaan perpaduan untuk bergabung dengan mereka.
Hadi turut berkata pencalonan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar di PRK Kemaman, 2 Dis depan sebagai persediaan untuk gabungan itu mengambil alih pentadbiran Putrajaya.
Sebelum ini dilaporkan penganalisis politik melihat tindakan PAS mencalonkan Samsuri sebagai strateginya menampilkan calon perdana menteri dari golongan profesional.
Seorang lagi ahli MKT Umno Shahaniza Shamsuddin berpandangan PAS tidak ikhlas menghulurkan tangan kerjasama, sebaliknya melihat kenyataan Hadi itu hanya untuk memancing undi Melayu pada PRK Kemaman.
“Itu hanya cakap-cakap kempen pilihan raya. Nak pengaruhi, perdaya dan putar belit untuk mendapat undi orang Melayu sahaja.
“Saya tak nampak itu satu kata-kata ikhlas daripada pihak PN,” katanya. FMT
PAS bernafsu besar jadi kerajaan tebuk atap
Baca Artikel Menarik:
- Khlir, Tok Mat ‘berperang’ isu pencen tentera
- Kuala Lumpur ketiga terbaik di Asia, kelapan dunia untuk didiami
- Belajar tinggi-tinggi jadi drebar lori
- Pengundi tua tidak diperlukan di Kemaman
- Tak boleh boikot Mercedes?
- Janna tak tendang saya – Sheila Mambo
- Premis Aman Palestin diserbu SPRM, akaun bank dibekukan
- Thinaah, Pearley bergaduh?
- Profesor jatuh kerusi roda cetus debat kalangan netizen (Video)
- Buang masa pujuk orang tua tak reti bahasa – Hadi
- PN pulun pujuk pemimpin Umno untuk bergabung – Hadi
- Wanita ‘Mat Salleh’ buat hal, selamba bogel di lapangan terbang
- ‘Jangan jadi kancheong’, Aaron Aziz sound siapa?
- Siasatan Hakim Nazlan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan, kerajaan & SPRM bantah
- Hukum berkahwin dengan sepupu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah
You must be logged in to post a comment.