Susu badan Neelofa terjejas kerana tekanan
Susu badan Neelofa terjejas kerana tekanan
Kita sedia maklum konflik bersenjata memberi implikasi buruk yang mendalam kepada sejagat. Selain kehilangan nyawa dan organisasi sosial, kebinasaan dalam pelbagai aspek kehidupan, baik daripada segi kesihatan fizikal dan juga mental, tidak dapat dielakkan.
Di sebalik impak ketara ini, sedarkah kita ikatan kasih ibu-anak yang terjalin daripada hubungan penyusuan ibu dan menyumbang kepada kesihatan bayi juga boleh turut terganggu akibat peperangan?
Isu ini mungkin dianggap enteng oleh sesetengah pihak, kerana kehilangan nyawa dan sistem kesihatan terjejas adalah kesan-kesan lebih jelas dan sering mendapat perhatian.
Namun begitu, sifat kemanusian memerlukan kita mengambil kira semua cabaran dilalui oleh pelbagai pihak untuk mengharungi saat-saat getir ini.
Selebriti terkenal Neelofa mendedahkan beliau mengalami tekanan setelah mengikuti perkembangan isu semasa dunia terutama situasi rakyat Palestin yang cedera dan terkorban akibat kekejaman Israel menjejaskan bekalan susu badannya.
Disebabkan itu, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor mengambil pendekatan menyebarkan kesedaran dengan memuat naik kandungan yang tidak menunjukkan keperitan ditanggung penduduk Gaza.
“Selepas sebulan aktif buat hantaran keadaan di Gaza, saya kini memilih kandungan berbeza. Kalau dulu muat naik video kanak-kanak dan wanita.
“Sekarang, saya lebih kepada (berkongsi) kandungan pendidikan untuk suntik kesedaran kekejaman dilakukan Zionis. Sebab tekanan (isu semasa yang berlaku di Palestin) memberi kesan kepada ‘supply’ (bekalan) susu saya.
“Sebagai ibu yang menyusu bayi berusia empat bulan, penurunan jumlah besar dalam bekalan setiap hari memberi kesan kepada anak saya,” katanya.
Enggan wanita lain mengalami nasib sama, isteri kepada pendakwah selebriti PU Riz itu menitipkan pesanan supaya setiap wanita berstatus ibu perlu menitikberatkan kesihatan diri demi kebaikan anak masing-masing.
“Jadi, ibu-ibu di luar sana, kalau mahu sokong atau sebarkan kesedaran haruslah fikir tentang anak yang menyusu terlebih dahulu.
“Bukan saya suruh abaikan ataupun tidak buat hantaran tetapi pilih kandungan yang tidak beri kesan emosi yang kejam,” ujarnya lagi.
Sejak Palestin diserang tentera Israel bertubi-tubi, Neelofa antara selebriti yang lantang menyokong Palestin.
Sehingga hari ini, lebih 11,000 rakyat Palestin terbunuh disebabkan kekejaman Israel sejak 7 Oktober lalu. Mr
Susu badan Neelofa terjejas kerana tekanan
Baca Artikel Menarik:
- Khlir, Tok Mat ‘berperang’ isu pencen tentera
- Kuala Lumpur ketiga terbaik di Asia, kelapan dunia untuk didiami
- Belajar tinggi-tinggi jadi drebar lori
- Pengundi tua tidak diperlukan di Kemaman
- Tak boleh boikot Mercedes?
- Janna tak tendang saya – Sheila Mambo
- Premis Aman Palestin diserbu SPRM, akaun bank dibekukan
- Thinaah, Pearley bergaduh?
- Profesor jatuh kerusi roda cetus debat kalangan netizen (Video)
- Buang masa pujuk orang tua tak reti bahasa – Hadi
- PN pulun pujuk pemimpin Umno untuk bergabung – Hadi
- Wanita ‘Mat Salleh’ buat hal, selamba bogel di lapangan terbang
- ‘Jangan jadi kancheong’, Aaron Aziz sound siapa?
- Siasatan Hakim Nazlan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan, kerajaan & SPRM bantah
- Hukum berkahwin dengan sepupu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah
You must be logged in to post a comment.