2 kanak-kanak dicabul di PPS banjir, warga emas musibat ditahan polis

Polis menahan seorang warga emas lelaki kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Nerus, semalam.

Ketua Polis Terengganu, Mazli Mazlan, berkata suspek berusia 61 tahun yang juga mangsa banjir di PPS sama ditahan susulan dua laporan polis dibuat keluarga kanak-kanak berkenaan.

Katanya menurut laporan polis, ibu mangsa memaklumkan, kelmarin suspek memujuk dua kanak-kanak terbabit ke suatu tempat di PPS berkenaan dengan alasan untuk mengajar mereka sebelum dipercayai melakukan perbuatan itu.

“Mangsa tinggal bersama keluarga masing-masing di PPS bekenaan manakala suspek bersama anak dan menantu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.

Menurut Mazli, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Susulan kejadian itu, Mazli berkata polis akan meningkatkan rondaan keselamatan bagi mencegah kejadian sama berulang.

Pada masa sama dia menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka dan mengawasi pergerakan anak masing-masing sepanjang berada di PPS.

“Di setiap PPS memang ada tempatkan dua anggota polis dan dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk memantau keselamatan penghuni.

“Bagaimanapun kita tidak boleh terlalu kerap memantau pergerakan di dalam PPS kerana akan mengganggu privasi penghuni,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker