Sekolah antarabangsa di Perak pula diancam bom
Polis Perak mengesahkan bangunan sebuah sekolah antarabangsa di sini selamat daripada ancaman bom.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan segera dijalankan selepas pihak pengurusan sekolah menerima e-mel daripada seorang individu yang tidak dikenali berkaitan ancaman bom dalam bangunan sekitar jam 10.10 pagi.
“Polis telah bertindak segera terhadap maklumat tersebut dan menjalankan pemeriksaan menyeluruh dalam bangunan sekolah dengan bantuan Unit Pemusnah Bom (UPB), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.
“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang objek meragukan ditemui dan keadaan disahkan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Menurut Mohd Yusri, semua tenaga pengajar dan pelajar kemudiannya dibenarkan masuk selepas tiga jam melakukan pemeriksaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Polis memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghantar e-mel ancaman bom palsu sewenang-wenangnya sehingga mendatangkan ketakutan dan menggugat ketenteraman awam,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tindakan pecat pekerja pakai salib tak selari ajaran Islam – Mufti
- Dulu kamu buat apa, Anwar bidas PN kait petisyen syariah dengan kerajaan
- Harga Proton S70 lebih murah dari City dan Vios
- Israel reka cerita tentang Hamas demi raih perhatian dunia
- Bergegas ke konvo terima sarjana selepas kebumi jenazah ayah
- 6 saintis UniMAP antara terbaik dunia
- Jual tanjak lagi lumayan dari kerja bank
- Jantung Ebby Yus semakin lemah
- Kelantan jadi ‘lauk’ Sabah, bolos 102 gol Liga Super
- Hannah, tolonglah masuk campur
- Coldplay menyokong perjuangan Palestin
- Siti respon isu KWSP, harap jangan abai kebajikan pekerja
- MP Maran dimasukkan ke CCU, IJN
- Ramalan ‘nujum’ kata Madani cuma bertahan 3,4 bulan tak menjadi
- Kecam, boikot tapi jangan hina – Fazura
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel
You must be logged in to post a comment.