Ingatkan kentang, rupanya barang antik Mesir

Ingatkan kentang, rupanya barang antik Mesir

EDINBURGH: Seorang pelajar menemukan sebuah karya agung Mesir yang dipercayai berusia ribuan tahun, di kawasan sekolahnya di Fife, Scotland.

Barang antik Mesir itu ditemukan ketika pelajar tersebut sedang membantu tukang kebun sekolahnya untuk menuai kentang di kawasan itu, sebagai sebahagian hukuman dikenakan ke atasnya.



Lapor The Guardian, pelajar itu pada mulanya menganggap barang antik berbentuk bulat yang dijumpai di kawasan sekolahnya, sebagai kentang.

Namun, selepas dihantar untuk dianalisis, pelajar itu mendapat tahu bahawa artifak berkenaan dipercayai berasal kira-kira 4,000 tahun lalu.

Penemuan khazanah purba Mesir tertanam di kawasan luar bandar Scotland berbanding di Kaherah, adalah sesuatu yang luar biasa.

Namun, penemuan itu dikatakan merupakan yang pertama daripada 18 barang antik Mesir dijumpai oleh pelajar sekolah pada tiga peristiwa berasingan dalam tempoh lebih 30 tahun di beberapa lokasi yang tidak dijangka.



Lokasi itu termasuk Melville House, sebuah bangunan bersejarah berhampiran paroki kecil Monimail di Fife.

Kebanyakan barang antik berkenaan kini berada di Muzium Negara Scotland (NMS).

Seorang guru menghantar penemuan pelajar itu ke Muzium Diraja Scotland kini dikenali NMS, dan pakar terkemuka dari Mesir, Cyril Aldred mendedahkan mengenai kepentingannya sebagai kepala patung batu pasir merah dinasti pertengahan ke-12 iaitu kira-kira 1922 hingga 1855 Sebelum Masihi.

“Kira-kira 16 tahun kemudian iaitu pada 1966, sebuah patung gangsa Mesir ditemukan oleh sekumpulan pelajar di kawasan sekolah yang sama,” jelas laporan. Utusan



Ingatkan kentang, rupanya barang antik Mesir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu



GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang

FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam



GV10: Noryn Aziz tersingkir



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker