Townsend amalkan makan kaki ayam panjangkan karier

Townsend amalkan makan kaki ayam panjangkan karier

LONDON – Bekas pemain sayap Crystal Palace, Andros Townsend mendedahkan bahawa dia berusaha kira-kira satu peratus dalam soal memanjangkan karier bola sepaknya termasuk memakan kaki ayam sebagai hidangan makan malam.

Townsend, 32, meninggalkan Everton pada musim panas lepas dan menyertai pasukan yang baru naik pangkat, Luton Town pada Oktober lalu dengan perjanjian jangka pendek.

Terdahulu, Townsend terlepas penghujung kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2021/22 dan keseluruhan 2022/23 kerana kecederaan lutut yang serius.

“Saya hanya mendapat kontrak tiga bulan. Luton perlu terus menggunakan saya sebaik sahaja pulih dan saya pula harus memastikan diri saya cergas sepenuhnya,” kata Townsend.

Bercakap kepada Radio 5 Live BBC, Townsend mendedahkan bahawa kenapa dia telah beralih kepada amalan pemakanan semula jadi berbanding keperluan untuk mengambil begitu banyak pil atau suntikan suplemen tambahan bagi membantu tubuhnya kekal cergas dalam permainan.

“Pada hal, salah satu sumber kolagen semula jadi yang terbaik ialah kaki ayam. Ia mudah. Rasanya benar-benar seperti sayap ayam. Ia kurang daging, namun ia memiliki banyak rawan dekat tulang dan ada kulit di sekelilingnya.

“Ia sangat bagus. Di China, Afrika Selatan dan Portugal, ia dimakan dengan agak biasa. Letak 20 minit dalam stim ketuhar sehingga masak dan memakannya.

“Apa yang saya sedar adalah saya sudah berusia 32 tahun, saya sudah keluar daripada permainan selama dua tahun, namun masih berasa sangat menakjubkan selepas memakan kaki ayam,” kata Townsend yang kali terakhir melakukan 13 penampilan bersama England pada tahun 2016.

Townsend menambah, ketika waktu puncaknya pada usia 27 atau 28 tahun, dia akan menngambil masa yang lama untuk pulih selepas perlawanan, bahkan bergelut sepanjang minggu untuk menguruskan pemulihan.

Sebalinya sekarang, Townsend mengakui berasa lebih segar dan bersedia untuk beraksi sejak mengamalkan gaya pemakanan yang pelik tersebut.

“Saya tidak tahu apa (makan kaki ayam) secara khususnya, namun saya rasa rasa satu peratus kecil itu memberi peningkatan. Pemakanan dan pemulihan, ruang hiperbarik, terapi lampu merah, terapi aliran yang kesemuanya dilakukan nampak positif,” tambah Townsend. K Online

Townsend amalkan makan kaki ayam panjangkan karier

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker