Beri salam sebelum pecah masuk rumah

Geng Leleh tumpas, modus operandi beri salam, ketuk pintu sebelum pecah masuk

Beri salam sebelum pecah masuk rumah

KOTA KINABALU: Beri salam sambil ketuk pintu atau membunyikan loceng rumah dan jika tiada jawapan, kumpulan jenayah ini akan memecah masuk rumah sebelum melarikan barangan berharga.

Itu antara modus operandi yang digunakan Geng Leleh yang dianggotai empat lelaki bagi melakukan jenayah pecah rumah.



Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata tiga daripada empat ahli geng itu berjaya ditahan termasuk ketuanya dikenali sebagai Leleh dalam beberapa siri tangkapan di sekitar bandar raya ini bermula 6 hingga 8 November lalu.

Beliau berkata, semua suspek yang giat melakukan kegiatan pecah rumah pada waktu siang itu ditahan di kawasan jejantas Segama, Safma dan Kampung Air.

Katanya, terdahulu pihaknya menerima laporan daripada mangsa, pada 27 Oktober lalu yang mendakwa rumahnya dipecah masuk dan pelbagai barangan berharga bernilai kira-kira RM60,000 hilang.

“Bertindak atas laporan polis yang dibuat mangsa, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menubuhkan pasukan khas diketuai Asisten Superintendan Polis Henry AK Laiyau bagi menjalankan operasi mengesan suspek.



“Berdasarkan maklumat risikan serta maklumat orang awam, polis menahan tiga suspek ahli kumpulan Geng Leleh iaitu ketuanya berusia 28 tahun serta dua lagi rakannya masing-masing warga tempatan berusia 40 tahun dan lelaki warga asing berusia 28 tahun,” katanya pada sidang media di IPD Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Polis Khairul Shah Peri.

Mohd Zaidi berkata, dengan penahanan ketiga-tiga suspek ini, polis berjaya menyelesaikan 16 kes pecah rumah pada waktu siang membabitkan 12 kes di Kota Kinabalu termasuk lapan di Luyang, dua Tanjung Aru dan satu kes di sini manakala kes lain turut direkodkan di Penampang, Beaufort serta Papar.

“Hasil siasatan mendapati kumpulan ini aktif menjalankan kegiatan pecah rumah sejak September dan modus operandi yang digunakan mereka adalah dengan berlegar-legar di perumahan mewah dan kawasan yang berpotensi untuk dipecah masuk.



“Suspek akan menekan loceng rumah dan memberi salam bagi mengenal pasti sama ada rumah terbabit berpenghuni atau sebaliknya. Sekiranya tiada jawapan, suspek akan memecah masuk dan melarikan barangan berharga,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, jumlah keseluruhan kerugian yang disebabkan oleh kegiatan kumpulan ini mencecah RM336,000 termasuk wang tunai RM40,000, barangan kemas, jam berjenama, komputer riba, telefon bimbit, serta peti besi yang menyimpan wang tunai pelbagai mata wang.

“Suspek akan melupuskan barangan yang dicuri dengan cara menjual serta menggadainya di kedai barang kemas, pengurup wang serta orang awam di sekitar kawasan Segama dan Kampung Air.

“Setakat ini, polis juga menahan sembilan individu termasuk empat lelaki dan lima wanita yang kerap membeli barangan yang dicuri terutama barang kemas.



“Pekerja kedai pajak gadai dan pengurup wang juga antara yang ditahan serta seorang penyewa yang bersubahat dengan menyimpan barangan curi di tempat tinggalnya serta orang tengah yang berperanan menjual barangan yang dicuri,” katanya.

Beliau berkata, pasukan serbuan berjaya merampas beberapa barangan kemas, surat pajak gadai, jam tangan berjenama, komputer riba dan wang tunai RM36,000 termasuk tukaran mata wang asing di kedai pengurup wang ketika penahanan suspek.

Turut dirampas sebuah kenderaan jenis sedan yang disewa dan motosikal untuk menjalankan kegiatan pecah rumah.

“Hasil siasatan lanjut mendapati ketua kumpulan yang ditahan mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk tiga kesalahan dadah, dua samun serta satu kes curi.



“Semua suspek yang ditahan turut positif dadah syabu dan suspek akan direman dan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. BH

Beri salam sebelum pecah masuk rumah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa

Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras

Bersatu sudah jadi Berpecah

Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker