Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung

Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung

“Saya tidak paksa sesiapa untuk beli. Berbelanjalah ikut kemampuan, tapi apa yang buat saya sedih dan sakit hati ialah bila mereka cakap orang Palestin jual makanan harga Tel Aviv (mahal).”

Demikian luahan hati Chef Ammar Al-Ali atau dikenali sebagai Chef Ammar yang tersinggung dengan kata-kata warganet yang melabel warga Palestin tersebut menjual makanan Tel Aviv atau dimaksudkan sebagai terlampau mahal di Malaysia.



Beliau ketika ditemui oleh Sinar Harian di Bazarena Stadium Shah Alam, Seksyen 13 di sini berkata, walaupun terjejas dengan kenaikan harga barang mentah, pihaknya cuba menawarkan harga kompetitif.

Ammar berkata, harga salah satu hidangan popularnya iaitu Nasi Arab lauk betis kambing (lamb shank) naik sebanyak seringgit menjadi RM50 berbanding harga RM49 pada tahun lalu.

“Kita nak jual makanan, cuma lebihkan seringgit sahaja selepas ia dikurangkan daripada harga asal iaitu RM53. Selebihnya saya terpaksa tanggung (kos) kerana semua barang naik harga sebab saya nak beri semua orang merasa.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui di gerai jualannya di Bazarena Stadium Shah Alam, Seksyen 13 di sini pada Sabtu.



Bagaimanapun, Ammar memaklumkan banyak pihak menyebelahinya berbanding kecaman yang diterima oleh setelah videonya memarahi warganet rentetan dilabel menjual juadah pada harga mahal.

Beliau turut meminta agar rakyat Malaysia berhenti menggunakan frasa ‘harga Yahudi’ untuk menggambarkan harga sesebuah barangan dan menggantikannya dengan perkataan yang lebih sesuai. Sinar

Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia



‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker