Dua hari Alor Setar berkabus tebal

Dua hari Alor Setar berkabus tebal

ALOR SETAR: Ibarat di luar negara. Demikian suasana di beberapa daerah negeri ini terutama di Alor Setar dan Jerai yang diliputi kabus tebal dan cuaca sejuk pada awal pagi sejak semalam.

Tinjauan di sekitar bandar raya ini mendapati, orang ramai terutama yang bergegas ke tempat kerja atau menghantar anak ke sekolah terpaksa menyalakan lampu kenderaan ekoran jarak penglihatan terhad.



Keadaan kabus tebal itu pulih seperti biasa sekitar pukul 10 pagi.

Pengarah Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz berkata, keadaan kabus tebal itu akibat hujan pada sebelah malam di beberapa daerah negeri ini.

“Semalam hujan jadi banyak wap air di bawah dan ditambah bila angin kurang jadi fenomena kabus berlaku. Tempat yang banyak kabus selalunya di kawasan banyak pokok dan kawasan lembap di mana peralihan angin kurang.

“Perkara ini setempat sahaja bukan kawasan yang besar. Apabila matahari semakin naik dan suhu panas, kabus sudah tiada,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Seorang jurujual, Kasim Omar, 55, berkata, cuaca kabus tebal itu berlaku sejak semalam yang berlarutan sehingga pukul 9.30 pagi hari ini.

“Waktu keluar ke tempat kerja kira-kira pukul 8.30 pagi, cuaca masih berkabus tebal. Memang terpaksa nyalakan lampu kenderaan takut pengguna lain tak nampak kita. Jarak penglihatan terhad.

“Selalunya, kalau waktu macam itu memang sudah terang benderang dengan sinaran matahari. Kadang pukul 7 pagi pun sudah rasa terlalu panas tetapi cuaca dua hari ini berbeza,” katanya.

Jamil Aziz, 60, berkata, kebiasaannya cuaca hanya berkabus sehingga pukul 7 pagi dan tidak tebal seperti hari ini.



“Terkejut keluar rumah pukul 8 pagi tadi untuk beli sarapan kabus tebal macam dekat England pun ada. Cuaca pun sejuk,” katanya. Utusan

Dua hari Alor Setar berkabus tebal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta



Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker